Setiap insan bernama Islam, sama ada lelaki ataupun perempuan, berusaha
meningkatkan diri dengan pelbagai amal ibadat yang boleh mendekatkan
diri kepada Allah SWT.
Ini kerana masing-masing mahukan diri
mereka mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah sebagai hamba-Nya yang
taat dengan melakukan segala titah perintah-Nya dan meninggalkan segala
tegahan dan larangan-Nya dengan penuh rasa rendah diri dan berserah
diri kepada-Nya.
Justeru, mengetahui kaedah terbaik bagi tujuan di
atas, adalah sesuatu yang amat digalakkan, agar setiap muslim/muslimah
mencapai status hamba Allah yang diterima di sisi-Nya, antara kaedah
berkenaan yang perlu diberi perhatian adalah seperti berikut : Melakukan
solat lima waktu secara berjamaah dengan baik (sama ada dari sudut pada
awal waktu pelaksanaannya, kaifiat serta tata-cara bagi menjamin
penerimaannya).
Mengetahui sedalam-dalamnya bahawa meninggalkan
solat dengan sengaja boleh membawa kepada kekufuran, kerana ia adalah
tiang agama dan perkara pertama yang akan ditanya oleh Allah di akhirat
kelak.
Melaksanakan seluruh hukumhukum syariat Islam, bagi kaum
muslimah, memakai hijab, kerana ia adalah arahan Allah dalam al- Quran,
membaca al-Quran dengan memahami isi kandungannya.
Mengkaji
secara mendalam serta mentelaah sirah Nabi Muhammad s.a.w, sirah para
sahabat Nabi, bagi muslimah, perlu memilih serta bercampur wanita-wanita
salihah bagi menjamin pegangan dan akidah mereka.
Sentiasa
melakukan muhasabah diri, khususnya memerhatikan persiapan buat hari
esok di akhirat dengan amalan, sumbangan kepada agama, perkara-perkara
kebajikan buat umat Islam, menjauhi perkara yang menjadi kemurkaan Allah
dan sebagainya.
Perbanyakkan program kebaikan yang membawa
ketaatan kepada Allah dan banyak berdoa kepada Allah agar diri diberi
petunjuk ke jalan kebenaran dengan tetap dan cekal terhadapnya.
Mudah-mudahan kita sentiasa mendapat rahmat dan naungan daripada Allah agar boleh mati pada jalan yang diredai-Nya. Amin.
Home »
Bicara Islam
» Bagaimana boleh jadi seorang muslim yang baik?
Bagaimana boleh jadi seorang muslim yang baik?
Written By zabidi on Sunday, 19 March 2017 | 8:00 am
Labels:
Bicara Islam
+ comments + 1 comments
Amiin...
Post a Comment