Oleh Nurimas Sn
Memang
perwataknnya serba sederhana.Tidak keterlaluan dan tiada juga kekurangan
nyata. Dia macam anak-anak gadis lain juga, periang, selalu jaga
penampilan dan kekadang jiwang-jiwang. Sama persis dengan rakan-rakan
lepasan sekolahnya juga.
Tapi mengapa tiba-tiba sahaja dia jadi terlebih glamour
daripada rakan-rakannya itu?Lebih popular dari Arini, ketua pengawas
sekolahnya dahulu.Atau Balqis yang memang menjadi idaman pelajar
lelaki.Secara tiba-tiba pula namanya mencanak melepasi rating siaran
popular televisyen terkini.Like di laman sosialnya serta-merta pula mencapai ke angka puluhan K. Hari-hari laman facebooknya dilawati dan disinggahi netizen.
Dengar kata, dia juga sudah tak menang tangan membuka dan membelek muka bukunya setiap minit.Hingga terpaksa pula membuka akaun baharu dan handphone baharu juga bagi memenuhi permintaan netizen.Dia bukan bintang popular atau selebriti tanah air yang jakun dengan dunia glamour ini.
Dia tidak pernah pun menginginkan penghormatan dan populatiri
sedemikian, hingga saban ketika ada sahaja rakan baharu yang ‘add’ laman
facebooknya untuk menjadi rakan. Dan dia sendiri tidak betah ‘approved’
permintaan mereka yang puluhan ribu ramainya itu.
“Nasi ganja dua set , mek,” laung seorang lelaki separuh umur yang baharu dapat tempat melabuhkan punggung. Dia dan isterinya menunggu hampir setengah jam untuk mendapat giliran tempat di warung kecil tetapi kemas di pinggir jalan itu.
Sepantas kilat pula pembantunya mencatat ke dalam buku kecil yang hampir lunyai di tangannya.Lalu menyepitkan pada seutas tali di tetingkap antara dapur dan ruang hidang.Yah Lee kerling rentetan cebisan kertas kecil yang dikepil itu sambil tangannya tidak lekang menyediakan hidangan.
Mek Jah yang menjadi pembantunya tu semakin cekap melakukan kerja-kerja sebagai orang nombor dua. Dia bukan orang lain, mak dua pupu Yah Lee juga, tapi seakan sebaya. Masing-masing lepasan Sekolah Menengah Banggol yang tidak berkesempatan meneruskan pengajian.
“Nak minum apa , encik?” ajunya kepada pasangan tadi. Sebentar kemudian, dia mencatat pesanan mereka dan terus meluru ke belakang.Ketika ini semua kerja kena buat pantas dan cepat.Maklumlah waktu puncak begini memang semua orang hendak segera.Masa rehat pun tidak lama. Kebanyakan mereka pula bekerja di pejabat berdekatan yang akan memulakan sesi petang sekitar jam dua.
Senario itu kini melatari panorama warung “Yah Lee Nasi Ganja” saban tengah hari hingga awal petang. Perniagaannya hanya beroperasi sebelah siang sahaja bermula jam 10.30 pagi. Sebelum maghrib, mereka sudah tidak kelihatan lagi di situ. Namun perniagaannya itu mendapat sambutan liuar dugaan daripada kalangan penduduk setempat. Malah sudah ada peminat yang lintas sempadan ke warungnya dari daerah-daerah lain.
Kampung Banggol yang bersempadan dengan Chendor di Kuantan itu cepat sahaja menjadi popular dengan jenama baharu itu.Nasi ganja, memang agak ganjil namanya.Sekali dengar memang orang tak mahu makan. Tapi itulah trend sekarang, lagi pelik nama lagilah orang nak tahu.
Diksi ‘ganja’ pada kelaziman memang agak sensitif kepada seseorang. Misalnya bila orang gelar kita ‘mat ganja’, tentu kita akan marah atau melenting kerana konotasinya yang mengaibkan. Jadi agak kontroversi juga frasa ‘nasi ganja’ itu pada mulanya.
Kalau nasi kerabu, nasi kunyit atau nasi lemak itu memang telah dimaklumi keberadaannya.Orang tak takwil apa-apa.
Tapi itulah, Yah Lee Nasi Ganja, seakan menjadi fenomena baharu di kampung itu kini.
Segalanya berlaku seperti mimpi.Pantas dan tidak dirancang.Semua gara-gara air tangannya yang menjadi dan memenuhi selera pelanggannya. Pertemuannya dengan ibu tunggal setaraf emaknya bernama Tun Sarah tiga bulan lepas, menjadi titik mula segalanya.
“Mak Cik ni dulu memang orang sini juga, tapi lama mengembara ke Perak,” ujar Tun Sarah ketika berkunjung ke warung kecil Yah Lee.Tun Sarah seakan membentangkan agenda utamanya kembali ke desa kelahiran. Memang Yah Lee tidak berapa ingat tentang Tun Sarah walaupun mungkin pernah bertemu dengannya ketika zaman kanak-kanak dahulu.
Dan pertemuan yang tidak dijangka itulah sebagai titik mula diari kehidupan Yah Lee kini. Tun Sarah perturun segala ilmu dan azimat kepada Yah Lee sebagai penyambung warisannya itu. Nasi ganja yang memang terkenal di Ipoh itu dibawa ke Pantai Timur, menjadikan variasi resipi yang semakin rencam menelurkan persaingan sihat dengan nasi kerabu dan nasi dagang.
Dalam masa sebulan dua sahaja, Yah Lee mampu mandiri dan menguasai kemahiran membuat nasi ganja yang agak ringkas tetapi menyelerakan itu. Gabungan nasi dari beras bermuti tinggi yang dimasak dengan ramuan jintan, ketumbar dan secubit garam itu amat menyelerakan
Apa tah lagi bila dipadankan dengan kari mamak tanpa santan, cukup dengan ramuan empat serangkai, bawang dan halia. Lebih enak dengan acar dan ayam goreng berempah yang menaikkan aroma, puuhh…pasti menggugat iman setiap pelanggan.
Tun Sarah yang pernah bekerja sebagai pembantu di Restoran Nasi Ganja Ipoh Mali memang pakar resipi tersebut.Dia kembali ke kampung halaman setelah diceraikan oleh mantan suaminya setahun lalu.Tiada mempunyai anak, lalu dia mengambil keputusan untuk kembali ke Kampung Banggol ini.
Kebetulan, gemulah ayah dan ibu Yah Lee ada sebuah rumah tinggal yang tidak disewakan.Dengan sedikit usaha dan belanja, mereka ubah suai rumah itu menjadi sebuah warung kecil.Kedudukannya yang agak strategik di simpang masuk kawsan industri dan kolej swasta, menjadi bonus kepada pasarannya.
Warung ‘Nasi Ganja Yah Lee’ dinobatkan sebagai papan tanda perniagaan mereka. Walaupun Tun Sarah yang menjadi teraju utama, namun Yah Lee pantas pula menerima didikan dan asuhannya, hingga rasa nasi ganja Yah Lee sudah menyamai dengan resipi asal Tun Sarah sendiri.
Kini mereka bukan hanya meladeni pelanggan yang datang secara bersemuka di warung, malah Yah Lee mula mengorak langkah dengan mengendalikan pakej penghantaran sekitar bandar dan daerah berdekatan. Dengan pembungkusan yang kemas dan berkualiti, nasi ganja keluarannya masih segar apabila tiba di tangan pelanggan.
“Yah, oi, telefon kau asyik berbunyi saje, tak kuasa mak cik nak layan..” omel Tun Sarah dari ruang dapur sambil tangan terus rancak menyediakan hidangan. Yah Lee paling juga sambil lontar senyum sumbing.
“Tak pe mak cik tu. Mesej je tak perlu jawab pun,.” balas Yah Lee juga separuh kuat. Dia sedang melayan pelanggan di sebelah luar pula. Inilah untungnya zaman sekarang, tak perlu bergerak ke mana-mana, hanya pegang telefon sahaja, pelanggan boleh memesan barangan. Kebanyakan pelanggan akan menelefon dahulu untuk menempah, kerana masa menunggu semakin panjang.
Lebih memberangsangkan pula, tabiat orang kita apabila mendapat cerita atau mengalami sendiri sesuatu peristiwa akan segera disebarkan. Maka tularlah cerita kelazatan nasi ganja Yah Lee ke serata negeri.Secara tidak langsung pelanggannya telah membantu mempromosi perniagaannya, tak perlu pasang iklan banyak-banyak.
Sebab itulah Husna, adik bongsunya yang baru tamat SPM diajak sekali ke warung sebelum mendapat apa-apa jawapan ke UA.Sekurang-kurangnya dapat juga melayan permintaan dan pertanyaan netizen.Husna kalau pasal tunjuk muka ke luar memang dia segan, tapi pasal makan tidak pula, sesekali hati Yah Lee merungut.
Namun di sisi lain, dia bersyukur kerana ada pembantu yang sudi melayan decitan handphone dan deringan telefon. Bab ini memang makanan Husnalah.Dia sanggup duduk berjam-jam dengan gajet terkini itu.Instagram, twiter, wechat, yang terbaharu skype, kakao talk, bee talk, entah apa-apa lagi, semua dia teroka. Kalau setakat whatsap,facebook dan messenger itu memang sudah basi baginya.Bak kata orang dia dah serasi dengan gelaran budak digital atau generasi siber.
Itulah kecanggihan zaman sekarang. Bagusnya semua yang berkaitan dengan nasi ganja dia uploaddan tularkan. Hingga bukan sahaja seluruh negara tahu, bahkan seantero dunia dapat mengenali Yah Lee Nasi Ganja.Pernah suatu ketika, mereka terima langganan dari Afrika yang tertarik dengan menu yang digambarkan.Namun apakan daya, permintaan tersebut tidak dapat ditunaikan lagi buat masa ini. Mungkin sebagai projeksi masa depan mereka kena fikirkan strategi untuk meneroka pasaran global.
Yah Lee bersungguh untuk memajukan perniagaannya.Dia putus kata untuk tidak mahu lagi meneruskan pengajian ke peringkat tertinggi.Biarlah setakat SPM sahaja.Dia tekal untuk menjadikan perniagaan nasi ganja sebagai mata pencariannya dan sumber kehidupannya.Bukan setakat perniagaan konvensional, tetapi dia mahu menjadikan businesnya sebagai tapak untuk melonjak ke tahap jutawan.
Itulah antara perancangan Yah Lee.Dalam diam, dia memasang angan untuk menjadi seorang usahawanita yang bukan sahaja gah di kampung sendiri, tetapi megah di peringkat tertinggi.Dia amat teruja dengan saranan Perdana Menteri agar peniaga Malaysia menjadi pemain utama pasaran dunia.Dan Yah Lee sudah memulakan langkah pertama.
Sebagai lokasi yang mendapat prasarana kampung wifi, dia mahu merealisasikan gagasan Kementerian Komunikasi dan Mutimedia Malaysia yang mahu penyebaran maklumat secara cepat dan tepat.Bukan dalam urusan pentadbiran kerajaan semata, tetapi juga dalm hal bisnes sepertinya.
iii
Usai menekuni blog yang baharu dibangunkan, Yah Lee bersegera ke kilang kecil di belakang rumahnya. Selepas menerangkan sesuatu dengan dua orang pembantunya, dia ke pejabat yang terletak bersebelahan dengan warungnya yang kini telah bertukar wajah.
Bahagian hadapan dijadikan warung seperti dahulu tetapi telah ditambah dengan tatahias dan dekorasi yang lebih ceria. Dia juga menyediakan laluan ‘drive throw; yang semakin popular dalam kalangan pelanggan yang mahu segera. Suatu inovasi yang diilhamkan daripada syarikat besar seperti KFC dan McDonald.
Bukan itu sahaja, Yah Lee Nasi Ganja telah mengorak langkah proaktif dengan membina sebuah kilang kecil untuk menghasilkan produk nasi ganja dalam bentuk ‘packaging’, sistem yang sama diusahakan oleh Brahim’s menjadi inspirasinya pula dalam bidang ini.
Segala produknya kini telah mempunyai label sendiri dan menerokai pasaran seluruh negara dan rantau ASEAN. Jenama Yah Lee Nasi Ganja telah menjadi sebahagian daripada ikon perniagaan makanan. Usaha selama dua tahun itu amat berbaloi dengan perolehan ‘margin’ keuntungan kian meningkat dan mempunyai beberapa ‘outlet’.
“Sebenarnya, produk kami kini lebih menumpukan kepada perniagaan online dan cod.Namun di samping itu perniagaan secara tradisional dan warung tepian jalan masih diteruskan,” katanya ketika ditemuramah oleh salah seorang wartawan sebuah media.
“Bagaimana saudari membuat promosi dan memasarkan produk syarikat ini?” ujar wartawan itu lagi.Husna yang mendapat isyarat daripada kakaknya maju ke hadapan.Memang dia yang lebih arif menjawab soalan tersebut.
“Alhamdulillah dengan blog dan laman web yang kami bina, telah dapat membantu pasaran hingga ke serata dunia.Saban hari kami menerima tempahan kira-kira tiga ribu unit daripada pembeli tetap.Untuk pasaran domestik pula, kami menggunakan dua buah van bagi menghantar bekalan ke destinasi pelanggan. Semua tempahan dan pesanan itu menggunakanaplikasi media sosial dan blog syarikat di samping mesej dan saluran lain,” panjang lebar pula Husna yang kini menguruskan bahagian pemasaran korporat memberi penjelasan.
Wartawan akhbar itu kelihatan ligat mencatat sesuatu yang penting di samping rakaman audio yang juga dibuat.Pihak akhbar terpanggil membuat liputan ekoran video dan gambar-gambar mengenai nasi ganja itu tular di facebook sejak dua bulan lalu.Macam-macam tajuk direka oleh netizen yang akhirnya menggamit pihak media melamarnya untuk dijadikan ikon ruangan Usahawan Muda.
“Apakah perancangan masa depan perniagaan saudari?” aju wartawan itu lagi.Husna pandang kakaknya seakan menukar baton pula kepadanya.
“Ermm..memanglah semua orang mahu maju ke depan. Kami juga sedang merancang untuk meningkatkan produktiviti.Tapi banyak lagi lalauan yang terpaksa kami fikirkan. Mengikut strategi perniagaan kami, insya – Allah akan menambah bilangan outlet dan memperkenalkan system francais,” penuh yakin gadis pertengahan 20-an itu memberi maklumbalas.
Dua hari kemudian, terpampang berita sehalaman penuh kisah dua anak gadis yang berjaya menjadi usahawan nasi ganja walaupun tidak mendapat pendidikan formal dalam bidang tersebut.Namun dalam dunia tanpa sempadan sekarang ini, dengan punat kehidupan terletak di hujung jari, segalanya bisa direalisasi.
Maka bertambah meriahlah sambutan pelanggan sama ada secarawalk-in, online, COD dan sebagainya yang menjadi rangkaian pembeli nasi ganja dua beradik ini.
Hingga kini gelaran Nasi Ganja itu lekat di belakang namanya walaupun Yah Lee sendiri tidak begitu gemar menggunakannya.Kalau dahulu, warungnya beroperasi hingga lewat petang, kini terpaksa di lanjutkan hingga ke tengah malam.
Yah Lee berjeda seketika selepas lelah melayan pelanggan di premis induknya.Lama juga dia termenung seakan memikirkan sesuatu.Dengan permintaan yang kian meningkat dari semasa ke semasa dan kapasiti kilangnya yang terhad, Yah Lee merancang untuk membuat pelaburan tambahan dengan membuat beberapa lagi inovasi dan penjenamaan semula. Laman web dan blog syarikatnya juga akandiperkemaskan lagi untuk menyahut cabaran yang lebih getir di dunia global.
Dia senyum puas di hadapan layar komputer yang memaparkan ‘blue print’ syarikatnya.Di sisinya, Husna, adik kesayangan yang patuh dan menjadi kembarnya dalam setiap kejayaan.Mereka berpandangan, kemudian pandangan dialihkan kearah dua potret wajah ibu dan ayahmereka yang tinggal dalam memori.
Setitis air mata jernih menyinggahi pipi mereka, sambil merenung cover porofile laman web baharu yang tertulis , ‘Produk BumiSiber, Nasi Ganja Yah Lee’.

Post a Comment