Tarikan
Terbaik Asia, Sunway Lagoon buat pertama kalinya menganjurkan larian
menyeronokkan atau ‘fun run’ untuk memberi inspirasi kepada lebih ramai
rakyat Malaysia mengambil bahagian dalam aktiviti luar yang mengujakan.
Diadakan pada 23 April ini seawal jam 7 pagi, Aqua Run diadakan bertujuan menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia berehat dan bersantai di luar rumah dengan pengalaman menyeronokkan melakukan aktiviti menarik dengan rakan dan keluarga.
Acara ini juga sejajar dengan reputasi Sunway Lagoon sebagai destinasi sehenti yang menyeronokkan dan memberi kenangan manis.
Pertama kali diadakan, Aqua Run ini adalah larian menyeronokkan di dalam Sunway Lagoon yang mempunyai enam zon seperti pancuran hujan, Splash Attack, Puddles Mattress, Climb & Slide, Wall Diving dan Water Disco Hut.
Aqua Run ini bukan sekadar larian yang menyeronokkan, tetapi turut memberikan kejutan dan cabaran yang mengujakan buat pelari kerana di setiap zon, akan ada ‘sesuatu’ yang menyeronokkan menanti.
Kemahiran mendaki pelari akan teruji untuk sampai ke puncak Climb & Slide dan merempuh cabaran Wall Diving.
Menurut Pengurus Besar Sunway Lagoon Sean Choo, Sunway Lagoon terkenal sebagai destinasi sehenti yang menggembirakan dan menarik.
Jadi, dalam usaha untuk terus mencipta kenangan manis buat pengunjung yang menghabiskan banyak masa di tarikan air taman tema itu, Sunway Lagoon Aqua Run diadakan.
“Aqua Run yang pertama kali diadakan ini membolehkan peserta mengalami keseronokan di taman tema ini dengan cara berbeza dan unik.
“Jadi, dengan penganjuran Aqua Run ini, peserta dapat menikmati keseronokan bermain air di samping mencipta kenangan manis,” katanya.
Pada akhir perlumbaan, muzik Celebration Bubble dimainkan untuk meraikan pelari di samping pemberian pingat atas usaha kecemerlangan merempuh enam zon yang disediakan.
Bukan itu saja, peserta juga berpeluang menikmati semua enam taman yang terdapat di Sunway Lagoon iaitu Taman Hiburan, Scream park, Extreme Park, Wildlife park, Taman Air, dan Nickelodeon Lost Lagoon pada hari sama selepas larian. Maklumat lanjut boleh diperoleh di www.sunwaylagoon.com. - Suliati Asri

Post a Comment