Oleh Raja Adi Aiman
Pastinya rakan-rakan anda yang berniaga mempunyai pen-
dapatan yang ‘dahsyat-dahsyat’ belaka.
Semestinya anda tertanya-tanya apakah
rahsia mereka berjaya dalam bidang perniagaan? Pasti timbul keinginan
untuk berniaga seperti mereka apatah lagi melihat kehidupan mereka yang
semakin senang dan mampu untuk menjalani kehidupan yang luar daripada
kebiasaan.
Menjadi kelaziman kepada masyarakat untuk menjadikan seseorang itu sebagai mentor selepas mereka berjaya.
Mereka tidak berminat untuk mengetahui fasa
perit, titik peluh dan keringat untuk membangunkan atau menaikkan
kejayaan, walhal fasa inilah yang sepatutnya dijadikan iktibar atau
pedoman buat usahawan-usahawan yang baru bermula untuk berniaga.
Namun,
mereka lebih memilih untuk mengetahui fasa kejayaan seseorang. Atau
erti kata lain, mempelajari cara berfikir mereka semasa menaikkan
sesuatu perniagaan sehingga berjaya membina suatu empayar perniagaan
yang utuh.
Malu bertanya sesat jalan, saya Raja Adi, yang
menjalankan perniagaan menjual jam di Instagram @kingjam.orii berkongsi
pengalaman saya untuk anda yang baru berniaga.
* Memperbaharui model perniagaan
Setiap usahawan pasti mempunyai mentor mereka
sendiri. Pemikiran seorang usahawan berjaya adalah dengan mengenal pasti
kegagalan model perniagaan mereka semasa fasa menaikkan perniagaan
tersebut.
Adat orang mula berniaga, pasti ada saat
permulaan di mana mereka jatuh berkali-kali dan wajib bagi kita untuk
mengenal pasti kesilapan yang dilakukan agar tidak mengulangi kesilapan
yang pernah mereka lakukan.
Sama ada dari segi pemasaran, pengurusan kewangan
atau pengurusan syarikat, jangan malu untuk bertanya mereka demi
pembaharuan model bisnes lama mereka menjadi lebih baik untuk
dimanfaatkan.
Dalam dunia perniagaan, teknik ini dipanggil
‘tiruvasi’ yang mana suatu gabungan antara perkataan ‘tiru’ dan
‘inovasi’. Antara formula yang menjadi tunjang kepada industri pembuatan
di China adalah dengan meniru ciptaan-ciptaan yang sedia ada dan
memperbaiki setiap kelemahan-kelemahan yang ada.
* Kurangkan kos selagi boleh kecuali kos pemasaran
Pemasaran seperti kita tahu adalah nadi kepada
sesuatu perniagaan. Tanpa nadi yang memastikan kelangsungan sesebuah
syarikat maka perlahanlah pertumbuhan sesebuah perniagaan itu.
Antara kesilapan usahawan yang baru nak berniaga adalah mereka tersalah tafsir konsep ‘kurangkan kos selagi mampu’.
Sebenarnya frasa itu tidak terpakai untuk
pemasaran kerana sebagai entiti perniagaan yang baharu, ia amat
penting agar pembeli mengetahui kewujudan perniagaan kita.
Kita akan lebih menonjol berbanding pesaing-pesaing sekiranya pemasaran yang dilakukan itu berjaya.
Pada masa yang sama menonjolkan jenama dan nilai
yang kita tawarkan pada pelanggan kita nanti. Syarikat-syarikat gergasi
seperti McDonald menghabiskan sehingga AS$963 juta (RM4 bilion) pada
2016. Hasilnya, ayam goreng mereka yang sudah sekian lama ada dalam
pasaran menjadi tular pada tahun 2017!
Ini menunjukkan betapa besarnya impak pemasaran kepada sesuatu perniagaan itu.
* Jangan lemah semangat
Persaingan merupakan suatu cabaran kepada
perniagaan terutama sekali yang baru nak mula. Akal fikir kita berkata:
“Mampukah aku bersaing dengan orang yang sudah berniaga lima hingga
enam tahun?” Soal persaingan itu perlu ditolak ketepi dahulu.
Yang penting ingin saya tekankan adalah jangan lemah semangat!
Saya juga mengalami masalah yang sama semasa
mula-mula membangunkan @kingjam.orii di Instagram memandangkan
persaingan yang kuat bukan sahaja daripada pihak luar, malah daripada
rakan-rakan saya sendiri yang menjual produk sama.
Tiada istilah ‘memasukkan pasir ke dalam periuk
nasi’ apabila bersaing. Apabila strategi perniagaan kita mantap dan
tersusun maka kita akan lebih menonjol daripada pesaing-pesaing yang
mana mereka mungkin mengambil masa lima hingga enam tahun untuk sampai
ke suatu tahap.
Mana tahu rezeki kita, masa itu dapat
disingkatkan untuk kita berdiri seiring dengan mereka. Kunci utama
adalah jangan melihat ke belakang. Teruskan!
Saya mengalu-alukan sebarang pertanyaan mahupun
persoalan, petua atau perkongsian. Ajukan kepada instagram @kingjam.orii
yang menjual jam dengan harga yang sangat-sangat berpatutan serta
berkualiti tinggi.
Raja Adi Aiman Raja Mohamed Mursid adalah pelajar tahun 2 Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan, Universiti Putra Malaysia.
Post a Comment