SHANGHAI
- Para saintis di China berjaya menggunakan telefon pintar
untuk mengawal tahap gula dalam tubuh penghidap diabetes.
Proses yang menggabungkan biologi dan
teknologi itu berjaya dilakukan terhadap tikus makmal yang menghidap
penyakit berkenaan tetapi jurnal Science Translational Medicine
menyifatkan kejayaan itu boleh diaplikasikan terhadap pelbagai penyakit
lain dan rawatan menggunakan ubat.
Menurut
penyelidik di East China Normal University di sini, pendekatan ini
membuka laluan kepada 'era baharu’ dalam dunia perubatan.
Langkah pertama yang dilakukan ialah menukar sel
normal secara genetik untuk mengeluarkan ubat bagi mengawal tahap gula
dalam darah seperti insulin tetapi hanya melalui tindak balas cahaya.
Teknologi
berkenaan dikenali sebagai optogenetics dengan sel-sel berkenaan akan
bertindak apabila didedahkan kepada gelombang khas cahaya merah manakala
LED tanpa wayar serta aplikasi telefon pintar digunakan untuk
mengawalnya.
Lapor portal BBC, para
penyelidik berkenaan memasukkan sistem tersebut pada bahagian bawah
kulit tikus dan berjaya mengawal diabetes dengan sentuhan pada skrin
telefon.
Kata mereka, penemuan itu mampu membuka laluan untuk era baharu berhubung ketepatan global, digital dan peribadi perubatan.
Para
saintis hanya perlu mengambil setitik darah untuk mengetahui tahap
gula dalam darah haiwan agar mereka boleh mengira jumlah ubat yang perlu
dilepaskan dalam tubuh haiwan tersebut.
Matlamat
utama ialah untuk menghasilkan sistem automatik sepenuhnya yang boleh
mengesan tahap gula dan mengeluarkan sejumlah bahan kimia terapi.
Namun
begitu kajian itu masih pada peringkat awal dan tidak terhad kepada
penyakit diabetes kerana sel boleh dibangunkan untuk mengeluarkan
pelbagai jenis ubat.
Post a Comment