Oleh DR SUHAZELI ABDULLAH
KARTUN Upin & Ipin
adalah paling digemari oleh anak-anak Lombok. Semasa misi kemanusiaan
saya ke Lombok September lepas, perkataan “betul3” bermain di bibir
mereka.
Malah lagu-lagu dan watak yang berlakon dalam Upin & Ipin
pun mereka hafal.
Sebagai rakyat Malaysia, saya bangga kerana filem animasi anak tempatan sudah menembusi pasaran luar.
Akhirnya dengan bantuan Omakkau yang
turut serta dalam misi lepas, kita berjaya menghubungi team Upin &
Ipin.
Mereka akan turut serta dalam Misi Lombok 2.0 yang akan
berlangsung hujung bulan ini.
Semoga anak-anak Lombok yang menghadapi trauma gempa bumi akan terhibur jiwa mereka.
Anak-anak yang ramai terkesan adalah
berumur sekitar 5 hingga 10 tahun.
Apabila langit mendung dan guruh di
langit sahaja mereka semua terkejar-kejar seolah-olah takut kepada
sesuatu yang kurang pasti.
Tumpuan mereka adalah lari ke surau berbentuk
khemah sementara yang telah dibangunkan oleh NGO tempatan dan luar. Di
sinilah team sokongan psikologi dari relewan PKS Indonesia memainkan
peranan.
Usaha untuk menenangkan jiwa gundah
mereka bukan senang. Lagu-lagu kesyahduan seperti Nasyid Nisa Sabyan dan
filem Upin & Ipin dimainkan. Sekarang-kurangnya mereka terhibur.
Pengalihan minda kecamuk itu kepada minda riang akan mengurangkan
tekanan perasaan hasil dari trauma gempa yang berlaku.
Post a Comment