Air putih dipercayai dapat menyembuhkan banyak masalah kesihatan kerana ia mudah diserap tubuh.
Malah, amalan minum air putih ketika perut kosong dapat memberikan
banyak manfaat bagi kesihatan tubuh yang menyeluruh, menurut
boldsky.com.
Berikut ini kami bariskan antara manfaat mengamalkan minum air putih:
1. MEMBUANG KOTORAN
Perbanyakkan minum air putih setelah bangun tidur untuk membuang kotoran
dari dalam tubuh. Ia juga dapat melawaskan pembuangan air besar pada
waktu pagi.
2. MENGELUARKAN RACUN
Selain itu, kebiasaan minum air putih dapat mengeluarkan racun dari
dalam tubuh. Amalan ini juga lebih berkesan jika perut anda masih
kosong.
3. GALAK MAKAN SARAPAN
Sarapan merupakan waktu makan yang penting. Namun adakalanya anda tidak
merasa lapar pada waktu pagi. Amalan minum air setelah bangun tidur
dapat membuat anda berasa lapar dan bersarapan.
4. BERSIHKAN USUS
Usus anda juga perlu dibersihkan. Cara yang paling berkesan adalah dengan minum air putih sesegera mungkin pada waktu pagi.
5. LEGAKAN SAKIT KEPALA
Sering sakit kepala setelah bangun tidur? Itu mungkin tanda dehidrasi
atau kekurangan cecair dalam tubuh. Anda boleh minum air putih untuk
melegakannya.
6. TINGKATKAN SISTEM METABOLISME
Minum air putih terutamanya air suam pada waktu pagi dapat membantu
meningkatkan sistem metabolisme. Ini dapat memberi tubuh anda kemampuan
untuk menyerap dan mencerna makanan dengan lebih cepat agar tidak
mengakibatkan kegemukan.
7. RANGSANG PERTUMBUHAN SEL DARAH MERAH
Minum air putih sewaktu perut kosong dapat merangsang pertumbuhan
sel-sel darah merah dengan lebih cepat. Ini juga dapat membuat anda
lebih bertenaga.
8. LANGSINGKAN TUBUH
Jika anda sedang berusaha untuk menurunkan berat badan, langkah pertama
yang harus anda lakukan adalah untuk minum banyak air putih pada waktu
pagi. Selain lemak yang dinyahkan, sistem metabolisme tubuh juga akan
meningkat.
9. CERAHKAN KULIT
Tahukah anda bahawa salah satu rahsia untuk memiliki kulit cerah
bersinar adalah dengan minum air putih? Ini kerana proses menyahkan
toksin mampu membersihkan jerawat dan lemak lainnya di kulit.
10. TINGKATKAN SISTEM DAYA TAHAN TUBUH
Malah, minum air putih di pagi hari turut bermanfaat untuk meningkatkan
sistem daya tahan tubuh. Hasilnya, anda juga akan terhindar dari
pelbagai jangkitan penyakit.
Demikianlah manfaat minum air putih dengan perut kosong terutamanya pada
waktu pagi. Justeru, segeralah mengamalkan minum air putih setelah
bangun tidur bagi kesihatan tubuh anda.
Jangan lupa kongsikan kepada sahabat-sahabat dan saudara-saudara kita yang lain yaa…
Minum Air Putih Ketika Perut Kosong Inilah 10 Kesannya Pada Tubuh Kita
Written By zabidi on Sunday, 8 September 2019 | 8:50 am
Labels:
Kesihatan
Post a Comment