Telegram merupakan salah satu perkhidmatan
permesejan yang menawarkan pelbagai ciri-ciri menarik kepada pengguna.
Terbaru, melalui kemaskini yang terkini, pihak Telegram turut menawarkan
sejumlah ciri-ciri yang baru.
Salah satu yang mencuri perhatian adalah kebolehan untuk menjadualkan
penghantaran mesej kepada suatu masa yang ditetapkan. Ia berfungsi
melalui butang penghantaran mesej yang biasa, dimana anda boleh tap pada
butang hantar untuk seketika – dan memilih waktu untuk menghantar mesej
berkenaan.
Selain daripada itu, anda juga turut boleh menetapkan peringatan
kepada diri sendiri melalui sokongan “Saved Messages” pada Telegram –
dan ia akan menghantar notifikasi kepada anda apabila tiba waktu yang
ditetapkan.
Disamping itu, beberapa ciri-ciri lain baru turut disertakan –
termasuk kawalan privasi untuk paparan nombor telefon anda, selain lebih
banyak sokongan emoji beranimasi melaluinya.
Untuk menikmati ciri baru ini, pengguna hanya perlu mengemaskini Telegram Messenger anda, dan mencuba sendiri ciri baru ini.
Terbaru Telegram Messenger Jadual Meseji.
Written By zabidi on Sunday, 8 September 2019 | 9:25 am
Labels:
Teknologi
Post a Comment