LAGOS: Seekor kura-kura milik keluarga diraja yang didakwa berusia
344 tahun mati di istana pemerintah tradisi Ogbomosho, tenggara Nigeria,
menurut seorang jurucakap, hari ini.
Walaupun pakar haiwan
meragui kura-kura itu mampu mencapai usia begitu panjang, pemiliknya
berkata, Alagba hidup di istana itu selama beberapa kurun.
Alagba mati selepas penyakit singkat, Khamis lalu, kata pembantu peribadi Raja Jimoh Oyewunmi, Toyin Ajamu.
“Alagba
tinggal di istana ini selama berkurun-kurun. Kura-kura ini menyambut
ramai Raja di Ogbomoso, sejak dahulu,” kata Ajamu sambil menyifatkan
kura-kura itu sebagai yang tertua di Afrika.
Kura-kura itu dipercayai dibawa ke istana oleh pemerintah tradisi ketiga kawasan itu, Isan Okumoyede beberapa ratus tahun lalu.
Namun, seorang pakar meragui usia haiwan itu.
“Saya
meragui jika Alagba berusia 344 tahun, sebelum mati. Biasanya, purata
usia kura-kura adalah kira-kira 100 tahun,” kata doktor haiwan di Lagos,
Yomi Agbato. - AFP
Kura-kura berusia 344 tahun di Afrika sudah tiada
Written By zabidi on Sunday, 6 October 2019 | 4:54 pm
Labels:
Global
Post a Comment