FILEM Pusaka berjaya meraih kutipan RM7.2 juta dalam tempoh 11 hari tayangan di Malaysia, Singapura dan Brunei.
Menurut
Naib Presiden, Ketua Astro Shaw dan Nusantara, Raja Jastina Raja
Arshad, pihaknya teruja dengan pencapaian filem penyiasatan seram itu.
"Kami amat gembira dengan sambutan yang diberikan penonton di pawagam.
“Pusaka
adalah satu idea yang segar untuk filem seram tempatan dan ia ditulis
penulis rasmi Astro Shaw. Kolaborasi antara Director Think Tank dan
Razaisyam Rashid sangat berbaloi malah kami terbuka untuk bekerjasama
dengan pengkarya filem serta pelakon baru," katanya.
Lebih membanggakan,
Pusaka turut memintas kutipan hujung minggu filem Maleficent, The
Terminator dan sebuah karya baharu antarabangsa, Doctor Sleep.
Bukan
itu sahaja, Pusaka turut mendominasi tangga pertama filem pecah
panggung Golden Screen Cinemas (GSC) selama lima hari berturut-turut.
Filem
terbitan Astro Shaw itu dibintangi Syafiq Kyle, Mimi Lana, Faizal
Hussein, Fauziah Ahmad Daud, Hafidz Roshdi, Sweet Qismina, Draman
Muhammad, Aloy Paradox dan Yuna Rahim.
Sebelas hari tayangan, Pusaka raih RM7.2 juta
Written By zabidi on Monday, 11 November 2019 | 9:16 pm
Labels:
Hiburan
Post a Comment