Headlines News :
Home » » e-Dompet: Pengguna jadi keliru bila terlalu banyak aplikasi e-Dompet

e-Dompet: Pengguna jadi keliru bila terlalu banyak aplikasi e-Dompet

Written By zabidi on Monday, 3 February 2020 | 8:09 am

Pengguna berkemungkinan berdepan kekeliruan apabila terlalu banyak pengendali aplikasi e-Dompet pada ketika ini.

Selain itu, perkhidmatan yang disediakan juga tidak menyeluruh serta, tidak semua tempat menyokongnya.

Tambahan pula, tidak semua peniaga dapat menyediakan seluruh perkhidmatan e-dompet sebagaimana yang diminta oleh pengguna.

Menurut Timbalan Pengerusi Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM), Mohamad Yusrizal Yusoff, “Kerajaan ketika ini hanya melihat penggunaan e-dompet di satu kawasan sahaja, tidak melihat secara menyeluruh.

Sebagai contoh, pemberian bantuan kerajaan kepada golongan sasar dalam bentuk e-tunai, diberikan kepada beberapa pengendali,”

“Ini menyebabkan penerima sukar untuk menggunakan bantuan yang diterima kerana kebanyakan peniaga belum lagi menggunakan aplikasi berkenaan,”

“Pada masa sama, pengguna terutama di kawasan luar bandar belum memahami cara penggunaan e-dompet dan ada dalam kalangan mereka langsung tidak menggunakan telefon pintar,”

Beliau turut menambah, ekosistem pembayaran nirtunai ini juga perlu diselaraskan dengan mengambil contoh pelaksanaannya seperti di negara-negara lain seperti di Singapura, Taiwan dan China.

Sumber berita diperoleh dari Berita Harian
Share this post :

Post a Comment

 
Programmer : Creating Website
Webmaster ZABIDI MORAD
Copyright © 2014. BERANI KERANA BENAR - All Rights Reserved

PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER