Headlines News :
Home » » Usaha menjatuhkan PH sebenarnya telah bermula sejak keputusan pilihan raya diketahui.

Usaha menjatuhkan PH sebenarnya telah bermula sejak keputusan pilihan raya diketahui.

Written By zabidi on Tuesday, 2 June 2020 | 9:11 am


 Pasti semua ingat Najib tidak mahu mengaku kalah. Dalam kenyataan akhbar pada pagi 10 Mac 2018, beliau cuba memberi isyarat bahawa tidak ada mana-mana parti mempunyai majoriti mutlak untuk membentuk kerajaan. 

Beliau ada menghubungi Anwar Ibrahim yg ketika itu masih dalam tahanan. Anwar menasihatkan beliau untuk mengaku kalah.

Sidang Parlimen dibuka seperti biasa. Namun usaha mereka tidak berhenti. Pada 9 November 2018, saya telah dihubungi oleh satu nombor persendirian. Saya tidak kenal siapa. Pemanggil mendakwa “bekerja di Parlimen” dan ingin berjumpa atas tujuan penting.

Saya berkata jika dia bekerja di Parlimen maka dia boleh berjumpa dgn saya di Parlimen. Katanya apa yg ingin dibincangkan dgn saya tidak boleh dilakukan di Parlimen. Maka kami setuju bertemu pada 12hb November 2018 di Restoran Rebung, di luar Parlimen.

Mereka dtg bertiga. Tujuannya jelas. Mereka bertanya akan kesanggupan saya meninggalkan PH untuk bersama membentuk satu gabungan politik baru.

Apa yg mengejutkan ialah mereka ini berani name-dropping. Habis nama Raja-Raja Melayu dijualnya. Tegas mereka Raja-Raja Melayu tidak mahukan Tun M sebagai PM. Mereka siap tawar untuk bawa saya bertemu dgn mana-mana Raja Melayu.

Saya diam. Senyum. Cuba menunjukkan rasa berminat untuk mendapat lebih banyak maklumat.
Mereka beri gambaran usaha sedang diatur. Ayatnya “YB tak dengar apa-apa”? Saya jawab tidak. Mereka kata tidak lama lagi kerajaan akan bertukar. YB boleh masuk Kabinet atau dilantik ke dalam mana-mana GLC.

Saya cuba korek siapa di belakang mereka ini. Maka saya tanyakan siapa calon PM? Semasa pertemuan mereka agak keberatan menyatakan. Mereka kata itu boleh dibincang. Kemudian barulah mereka bagi gambaran “ambil yang lama” (baca: Najib)

Saya tidak menjawab dan mengabaikan usaha mereka untuk berhubung semula. Hal ini ada saya sampaikan kepada beberapa rakan MP. Ada juga MP-MP baru yang turut dihubungi oleh broker-broker ini (tidak pasti orang yang sama atau tidak). Umumnya ia tidak diambil serius.

Dari semasa ke semasa di Parlimen saya akan duduk minum atau makan atau hanya berbual dengan MP-MP pembangkang pada waktu itu. Ada beberapa kali soal peralihan kuasa disentuh dalam perbualan santai kami.

Ada juga yang menyampaikan kepada saya secara serius bahawa sesuatu sedang berlaku di sebalik tabir. Mereka boleh sahkan bahawa ada elemen dalam kerajaan pada waktu itu yang merundingkan sesuatu dengan mereka.

Sudah tentu mereka ini menjual nama Tun M. Menjadikan tindakan mereka dilihat serius dan direstui.

Pada masa yg sama mereka mahu menggambarkan Anwar tidak sabar mahu menjadi PM dan sedang merancang sesuatu untuk menjatuhkan PM.

Suka atau tidak, Bersatu merasakan Tun M patut kekal sehingga akhir penggal. Sebagai sebuah parti yg baru dan bukan memegang kerusi terbanyak, mereka mahu mengukuhkan kedudukan. Lagipun ini parti PM.

Pada peringkat awal, Bersatu cuba memancing sejumlah MP UMNO untuk menyertai mereka. Ia berhasil. Di Parlimen ada MP UMNO yg menggelar mereka pengkhianat. Ada pemimpin PH menegur Tun kerana menerima MP UMNO ini.

Usaha untuk mewujudkan gambaran gabungan politik baru dibuat dengan pelbagai cara. Pemimpin-pemimpin pembangkang bersilih ganti bertemu PM. Program diatur untuk mewujudkan sentimen kesatuan Melayu dan anti-DAP.

Nak kata Kesatuan Melayu sangat pun tidak juga. Kesatuan politik tertentu saja sebab ada sesetengah pemimpin Melayu tidak dilibatkan. Macam selalu berlaku sejak dulu, kekayaan pemimpin yg menjerit Hidup Melayu meningkat berkali ganda berbanding org Melayu yg susah.

Kemuncak keseriusan dirasakan apabila sejumlah MP BN hadir ke rumah Azmin pada satu malam ketika Sidang sedang berlangsung. Ingat mereka serius sangat pasal hadir Sidang?

Sementara ada tuduhan Anwar mahu jatuhkan Tun M, setakat saya jadi MP itu tidak pernah berbangkit. Yg saya ingat Anwar sentiasa pesan agar beri khidmat di kawasan, usaha kukuhkan kerajaan. Kita ikut perjanjian PH. Bab peralihan biar beliau bincang dgn Tun dan Majlis Presiden PH.

Kita sebenarnya dapat mengesan sikap panik drpd ulasan-ulasan Azmin berkaitan peralihan kuasa.
Dia yg beria nak Tun kekal sampai akhir penggal sdgkan dia yg protes Tun dinamakan calon PM PH.

Azmin mula kendur bila Tun beri isyarat lepas dinamakan calon PM “ada orang lain layak jadi PM tetapi dia tidak dipilih”. Azmin sekali lagi tidak puas hati sbb dlm hierarki PH dia nak diletakkan sbg Timbalan, bukan Naib.

Cerita usaha di belakang tabir ini turut diketahui oleh sejumlah penjawat awam. Mereka juga byk kali bertanya kpd saya. Jawab saya mmg usaha itu ada, tetapi InsyaAllah akan cuba ditangani sebaiknya.

Semasa JK Khas Parlimen mengenai Belanjawan (yg mana saya adalah ahli jawatankuasa ini) ke Berlin pada pertengahan Februari 2020, desas-desus terus kedengaran. Kami sampai bergurau adakah saya ke Berlin sebagai MP kerajaan dan balik sebagai MP pembangkang?

Pengerusi JK ini ialah Tok Pa. Semasa di Berlin Tok Pa ada memanggil kami MP-MP PH untuk berbincang pada satu malam ttg bagaimana PH boleh diperkukuhkan memandangkan masih ada dasar-dasar yg belum dibuat untuk memenangi hati rakyat. Tgk2 dia pun lompat.

Pada 19 Februari 2020 saya berada di Myanmar utk 1 misi hak asasi manusia yg dianjurkan ASEAN Parliamentarian for Human Rights. Hari tersebut saya mendapat mesej drpd orang kanan Azmin.

Beliau mengajak saya bertemu. Saya katakan esok saya ada di KL. Sebenarnya 20 Februari adalah hari lahir saya. Tapi kerana tidak banyak masa lapang saya setuju untuk bertemu pada hari itu. Saya sudah menjangka perbualan akan berkisar tentang power struggle.

Kami mula berbual tentang buku, tentang khidmat saya di kawasan. Beliau memulakan perbualan tentang power struggle ini dgn kenyataan “So, big wave is coming”. Saya akan ingat ayat ini sampai bila-bila. Sengaja saya menjadi naif untuk mendengar dgn lebih banyak.

Mungkin kerana hubungan kami baik sejak kira-kira 20 tahun lalu, dan saya selalu menganggap beliau antara org yg byk membimbing saya dlm hal ehwal intelektual, maka beliau cuba berhujah dgn saya secara intelektual tentang keperluan sebuah gabungan politik baru.

Ini kemudian dituliskan beliau dalam satu artikel bertemakan demografi. Seorang rakan lama kami ada menulis jawapan balas terhadap artikel tersebut yg dibayangkan sebagai sisi gelap penulis yg seingat saya antara yg terawal mempopularkan perkataan pencerahan.

Saya sendiri menulis dua artikel untuk mengimbangi pandangan politik demografi tersebut kerana demografi bukan hanya terhad kepada soal kaum atau agama.

Sebenarnya semasa pertemuan tersebut saya telah sampaikan pandangan-pandangan saya yg menolak hujah-hujah yg meskipun boleh dipakai dlm dunia politik, bukanlah menggambarkan politik pembaharuan yg ingin dikembangkan.

Sebagai menghormati beliau, saya hanya menjawab “biar saya fikirkan” ketika ditanya “are you in or not?”. Beliau meminta diri selepas kira-kira 1 jam setengah. Pesannya jgn berlama. Beri jawapan sebelum matahari terbenam.

Dalam pertemuan tersebut jelas. Beliau nyatakan gabungan baru tanpa Anwar dan DAP. Saya sedar bahawa usaha ini serius. Cuma beliau ada juga katakan paling lama masa hanya ada kurang setahun.

Kenapa kurang setahun? Beliau tidak nyatakan. Tetapi saya dapat menghidu bahawa ia mesti dilakukan sblm Tun M menyerahkan kuasa kepada Anwar selepas APEC. Drpd kata-kata kurang setahun itu saya mengesan bahawa mereka tahu Tun M mahu menunaikan janjinya.

Ketika pulang saya membuat panggilan kpd seorang rakan MP tentang pertemuan ini. Saya sampaikan kpd beliau apa yang diperkatakan. Saya balik dan bersiap untuk majlis makan malam 10 tahun IDEAS.

Saya dijemput ke majlis makan malam ini sebagai bekas staf. Saya pernah berkhidmat sbg penyelidik di Malaysia Think Tank, London (nama sebelum IDEAS, ketika semua pengasasnya berada di UK). IDEAS didaftarkan di Malaysia pada tahun 2010 bila Wan Saiful pulang ke Malaysia.

Saya tidak ikut bersama IDEAS kerana menerima tawaran berkhidmat di Pejabat Dato’ MB Selangor di bawah pimpinan TS Khalid Ibrahim. Pada 2012 saya kembali ke IDEAS sbg Pengurus Operasi dan Projek bila dipujuk oleh Wan Saiful.

Majlis Makan Malam itu dirasmi oleh TPM, DS Wan Azizah. Dr Maszlee selaku mantan Felo Kanan tidak hadir kerana kurang sihat. Sepatutnya beliau duduk di sebelah saya. Selesai makan saya sampaikan kpd Wan Saiful tentang pertemuan dgn Khalid Jaafar pada ptg itu.

Saya masih ingat Wan Saiful mengakui ada usaha besar dalam Bersatu untuk membentuk the Grand Malay Coalition. Dibayangkan kpd saya beliau menolak usaha ini tetapi kumpulan yg menolak ini minoriti. Beliau sendiri mengakui kpd saya bahawa Tun M menolak skim ini.

Wan Saiful juga menyatakan kpd saya Ahad ini (23 Feb) Bersatu akan adakan mesyuarat khas. Tapi surat tak keluar lagi. Katanya kali pertama mesyuarat khas ini dibuat ialah masa nak tukar MB Johor. Maksudnya ada keputusan besar yg perlu dibuat.

Saya dimaklum apa yg berlaku pada 23hb Feb sama sebagaimana apa yg diceritakan oleh YB Syed Saddiq. Tun meninggalkan mesyuarat lebih awal.

Kem Azmin sebenarnya telah mula berkampung lebih awal. Sekejap di Pulse Grande, sekejap di Everly, sekejap di Sofitel. Kononnya Saifuddin Abdullah menjadi perantara yang dapatkan green light untuk bertindak daripada Tun M.

Kumpulan Azmin adalah yg terakhir menandatangani SD sokongan kepada Tun M untuk menjadi PM Perikatan Nasional.

Ikut perancangan mereka Tun M letak jawatan PM PH dan kemukakan SD-SD yg ada untuk ambil jawatan PM PN. Situasi jadi tak menentu pada 24hb Februari 2020 apabila Tun M menolak untuk mengemukakan SD-SD sokongan menjadi PM PN dan secara mengejut meletakkan jawatan Pengerusi Bersatu.

YB Noor Amin Ahmad
Ahli Parlimen Kangar
Share this post :

Post a Comment

 
Programmer : Creating Website
Webmaster ZABIDI MORAD
Copyright © 2014. BERANI KERANA BENAR - All Rights Reserved

PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER