BUKAN sahaja dikenali sebagai pengeluar peranti telefon pintar,
tablet ataupun phablet, Samsung
juga pantas mengorak langkah dalam
memperkenalkan gajet terbaharu miliknya iaitu Galaxy Gear 2 dan Gear
Fit.
Menariknya, peranti keluaran terbaharu syarikat dari Korea yang boleh
didapati di pasaran Malaysia mulai 11 April lalu itu adalah akses atau
sokongan kepada 13 rangkaian telefon pintar Samsung Galaxy yang lain
dengan kebolehan merakam gambar pada resolusi 2MP dan video HD 720p.
Malah, Gear 2 berkeupayaan menjawab panggilan telefon dan bercakap
secara terus dengan menggunakan teknologi 'infrared' untuk kawalan jauh.
Jika dibandingkan dengan versi lama, Gear 2 mampu memainkan muzik
sendiri tanpa sambungan kepada peranti lain dengan memori dalaman
sebanyak 4GB.
Selain itu, tali Gear 2 juga boleh ditukar atau diubah suai bagi
dipadankan dengan pelbagai fesyen yang ditampilkan pemakainya
memandangkan akses kamera dan mikrofon telah dipindahkan ke badan
peranti itu sendiri.
Bukan itu sahaja, jangka hayat bateri Gear 2 turut dipertingkatkan
untuk bertahan selama tiga hari bagi penggunaan biasa dan enam hari
penggunaan minimum.
Bagi mereka yang memakai untuk tujuan kesihatan seperti berjoging,
peranti ini turut dilengkapi dengan sensor pengesan degupan jantung dan
mengira setiap langkah ketika bersenam.
Sementara itu, Gear Fit pula menjadi peranti boleh pakai pertama
dengan skrin lengkung yang menjadikannya lebih selesa dipakai di tangan.
Sama seperti Gear 2, talinya juga boleh ditukar untuk tujuan kesesuaian gaya dan fesyen si pemakainya.
Bertepatan dengan objektif pembinaannya sebagai peranti kesihatan,
Gear Fit dilengkapi sensor pedometer dan degupan jantung dengan kuasa
baterinya mampu bertahan sehingga empat hari.
Harga kedua-dua peranti yang kalis air dan debu itu adalah berpatutan
sejajar dengan teknologi yang dimilikinya iaitu RM899 dan RM599. -
DHIYA'ZULHILMI DAUD
Gear 2, Gear Fit trend jam pintar
Written By zabidi on Friday, 9 May 2014 | 9:35 pm
Labels:
Teknologi
Post a Comment