KUALA LUMPUR 5 Mei - Indonesia muncul kuasa ekonomi kesepuluh
terbesar di dunia dengan
menyumbang sebanyak 2.3 peratus bagi keluaran
ekonomi global, menurut laporan Bank Dunia.
Laporan tersebut dikeluarkan berdasarkan keputusan Program
Perbandingan Antarabangsa 2011 (ICP) yang mengukur ekonomi-ekonomi
berdasarkan pariti kuasa membeli (PPP) dan menunjukkan bahawa Indonesia
melonjak enam anak tangga melepasi negara-negara yang lebih membangun
seperti Sepanyol, Korea Selatan dan Kanada.
Negara lain yang berada pada kedudukan sembilan ke atas adalah
Amerika Syarikat (AS), China, India, Jepun, Jerman, Rusia, Brazil,
Perancis dan Britain.
Negara ekonomi berpendapatan pertengahan iaitu Indonesia, China,
India, Rusia, Brazil dan Mexico kini menyumbang 32.3 peratus daripada
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dunia, berbanding 32.9 peratus yang
disumbangkan oleh enam negara ekonomi berpendapatan tinggi iaitu AS,
Jepun, Jerman, Perancis, United Kingdom (UK) dan Itali.
Jelas laporan itu lagi, AS dilihat bakal kehilangan status ekonomi
terbesar dunia apabila China mungkin mengatasinya menjelang akhir tahun
ini, lebih pantas daripada jangkaan.
AS telah menjadi ekonomi terbesar di dunia sejak berjaya memintas UK pada 1872.
Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) telah meramalkan
China akan mengatasi AS menjelang 2016 manakala China sendiri menyasar
untuk menjadi kuasa ekonomi nombor satu dunia menjelang 2019.
Mengikut laporan itu, KDNK China hampir 87 peratus, berbanding KDNK
AS pada 2011, manakala India telah meningkat daripada kedudukan
kesepuluh pada 2005 kepada ekonomi ketiga terbesar, mendahului Jepun.
Indonesia ekonomi ke-10 terbesar dunia
Written By zabidi on Tuesday, 6 May 2014 | 12:13 pm
Labels:
Bisnes
Post a Comment