Di dalam sebuah riwayat disebutkan bahawa ketika Bilal hendak mengumandangkan azan subuh. Ia
menemui Rasulullah saw di tempat sujudnya.
Waktu
itu, Bilal melihat Rasulullah saw sedang menangis sampai janggutnya
basah dengan air mata. Lalu bilal bertanya “Ya Rasulullah, mengapa
engkau menangis? Apakah yang membuat engkau menangis? Bukankah Allah swt
sudah mengampuni dosa-dosamu, baik yang dahulu maupun yang akan
datang?” Rasulullah saw menjawab, “Salahkah jika aku ini menjadi
hambaNya yang pandai bersyukur?”
Didalam riwayat yang lain
pula diceritakan bahawa ketika Rasulullah saw sujud dengan menangis
dalam solat tahajjud, malaikat Jibril datang membawa wahyu (surah Ali
Imran ayat 190)
Lalu Bilal bertanya “ Ya Rasulullah saw, mengapa engkau menangis?”
Rasulullah saw menjawab “Allah swt menurutkan ayat yang bagus dan indah melalui Jibril”
Bilal bertanya lagi “Turun ayat yang bagus dan indah tetapi mengapa engkau menangis?”
Rasulullah
saw terus menjawab “ Inilah yang aku takutkan. Celaka umatku yang
membaca ayat al-Quran ini, tetapi tidak merenung maknanya.”
Seterusnya Rasulullah saw membacakan ayat tersebut
“Sesungguhnya
pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada
tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi
orang-orang yang berakal” (surah Ali Imran ayat 190)
*Sumber dari tahajjud.net
Home »
Bicara Islam
» Kisah Bilal Menemui Rasulullah saw Menangis
Kisah Bilal Menemui Rasulullah saw Menangis
Written By zabidi on Tuesday, 6 May 2014 | 9:53 am
Labels:
Bicara Islam
Post a Comment