Headlines News :
Home » » KAFA bantah hukuman FAM

KAFA bantah hukuman FAM

Written By zabidi on Tuesday, 6 May 2014 | 9:00 am

KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan mengemukakan rayuan kepada

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berhubung keputusan memberi kemenangan 3-0 kepada Terengganu dan membatalkan keputusan seri 1-1 pada pertemuan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah yang berlangsung 29 Mac lalu.


Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM sebelum ini membatalkan keputusan tersebut selepas Kelantan didapati bersalah menurunkan Mohd. Fitri Omar yang me­nerima tiga kad kuning.
Penasihat KAFA, Tan Sri Annuar Musa berkata, rayuan tersebut dibuat bagi membolehkan pihak-nya menjelaskan hal sebenar mengenai perkara itu.

Beliau berkata, KAFA sama sekali tidak mengetahui pemain terbabit mempunyai tiga kad kuning dan begitu juga dengan pihak Terengganu dan pengadil.

"Dalam sistem bola sepak, setiap kali sebelum permainan kita akan mengadakan mesyuarat pada pukul 8 malam untuk membentangkan nama pemain pasukan masing-masing.

"Tetapi tiada siapa yang memberitahu pemain itu digantung. Pasukan lawan kena tahu, pe­ngadil, FAM ke komisioner perlawanan serta ramai lagi yang ada dalam mesyuarat.

"Takkan ada pemain yang digantung, kita hendak turunkan juga. Berhempas pulas main, bayar hotel dan sebagainya untuk dapatkan satu mata," katanya.

Tambahnya, lebih memburukkan keadaan apabila laporan akhbar menulis Kelantan menurunkan pemain yang digantung dan tindakan tersebut mencemar imej pasukan sedangkan pihaknya tidak mengetahui perkara tersebut.

Utusan Malaysia sebelum ini me­laporkan JKPT FAM membuat keputusan memberi kemenangan 3-0 kepada Terengganu ke atas Kelantan dan membatalkan keputusan seri 1-1 pada pertemuan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah yang berlangsung 29 Mac lalu.

Timbalan Pengerusi JKPT, Datuk Osman Salleh berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapati Kelantan melakukan kesalahan dengan menurunkan Mohd. Fitrie yang ketika itu sedang digantung permainan.
Berdasarkan keputusan yang dibuat itu katanya, Kelantan kehilangan satu mata manakala Terengganu meraih dua lagi mata tambahan menerusi perlawanan itu dan berkuat kuasa serta merta.

Annuar memberitahu, pihaknya sama sekali tidak mengetahui rekod pemain berkenaan ketika beraksi dengan pasukan lamanya iaitu Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

"Semasa bermain dengan ATM, kita tak tahu rekod dia. Ketika dia menamatkan kontrak dengan ATM, kita tak dapat sebarang hitam putih. Jadi, kita memang tidak tahu dia ada kad atau tidak.

"FAM patut tahu, kemudian kita daftar dia sebagai pemain baharu dan dalam rekod kita, dia baru dapat satu kad masa lawan dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan sebab itu, kita turunkan.
"Kemudian, dalam peraturan pula kata sebarang bantahan kena buat selepas 48 jam lepas perlawanan. Namun dalam tempoh tersebut Terengganu tidak kemukakan bantahan.

"Selepas lawan Terengganu, kita lawan ATM. Waktu lawan ATM, betul peraturannya. Ketika bentang nama, ATM membe­ritahu Mohd. Fitri ada dua kad dengan ATM dan satu dengan Kelantan, Maka dia protes Fitri. Lalu kita buat keputusan, memang kita tak menurunkan dia semasa menentang ATM sebab kita baru tahu," ujarnya.

Annuar memberitahu, rayuannya itu akan berlandas kepada dua perkara tersebut bagi menerangkan keadaan sebenar.

"Saya tak kata dia buat keputusan itu salah, peraturan itu ada, kalau turunkan pemain dalam pergantungan hukumannya ialah tolak mata. Tetapi persoalannya kini, adakah kita menurunkan pemain yang digantung. Sebab keadaan itu berbeza.

"Sebab lepas perpindahan, pemain bertukar pasukan, rekod tak ditunjukkan. Kita juga sudah tidak menurunkan dia ketika melawan ATM dan dia sudah menjalani hukuman.

"Patut kena ada pertimbangan, sebab satu mata dalam bola bukan sikit, berhempas pulas tu, 20,000 orang
Share this post :

Post a Comment

 
Programmer : Creating Website
Webmaster ZABIDI MORAD
Copyright © 2014. BERANI KERANA BENAR - All Rights Reserved

PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER