Jepun mungkin musnah sama sekali akibat letusan gunung berapi
pada abad akan datang dengan semua 127 juta penduduknya terbunuh.Pakar
yang menganalisis corak letupan gunung berapi
di negara itu berkata, bukan sesuatu yang melampau untuk meramalkan
bencana alam itu akan melenyapkan negara Matahari Terbit itu dari muka
bumi ini.
Saintis di Universiti Kobe meramalkan demikian selepas membuat kajian
di kawah gunung berapi di Pulau Kyushu yang meletup tujuh kali
sepanjang 120,000 tahun lalu.Mereka meramalkan satu lagi letupan di
pulau di selatan negara itu akan menimbus 7 juta penduduk dengan lahar,
sementara angin arah barat akan bertiup membawa sama debu tebal ke pulau
lain.
Awan toksik itu akan menjadikan pulau sekitar tidak boleh didiami
sementara usaha menyelamat 120 juta penduduk di sekitar bandar besar
akan menjadi sia-sia.
Professor Yoshiyuki Tatsumi dan Keiko Suzuki berkata, ancaman letupan
sedemikian berlaku dalam masa 100 tahun lagi adalah sekitar satu
peratus.
Bagaimanapun, mereka berkata, anggaran itu tidak boleh dipandang ringan.
Menurut mereka, kajian kemungkinan gempa bumi melanda Kobe dalam masa
30 tahun adalah satu peratus, sehari sebelum gegaran 7.2 magnitud itu
memusnahkan bandar pelabuhan berkenaan pada 1995, meragut 6,400 nyawa.
"Kerana itu, tidak mengejutkan jika letupan kuat berlaku di Pulau
Kyusu akan berlaku bila-bila masa," menurut profesor berkenaan.
Hasil kajian itu diumumkan beberapa minggu selepas Gunung Ontake di
tengah Jepun meletup bulan lalu, mengorbankan 61 orang.-Agensi
Jepun bakal lenyap 100 tahun lagi
Written By zabidi on Monday, 27 October 2014 | 9:19 am
Labels:
Global


Post a Comment