Oleh USTAZ ZAINUDIN HASHIM
KALAU dilihat secara renungan makrifat,
terdapat satu hadis Nabi Muhammad s.a.w. yang menceritakan pengalaman
baginda bertemu Allah di Sidratul Muntaha malam Israk Mi’raj, di mana
Allah SWT telah memperlihatkan kepadanya keadaan wanita yang kebanyakan
mereka dihumban dalam api neraka lantaran beberapa kesalahan yang
dilakukan semasa berada di dunia.
Namun ia bukan bermakna bahawa
orang-orang lelaki terselamat daripada panas api neraka dan dimasukkan
dalam syurga Allah yang penuh dengan pelbagai nikmat yang luar biasa,
yang terkadang tidak tergambar oleh akal fikiran manusia semasa hidup di
dunia betapa hebatnya nikmat syurga.
Justeru, apabila kita lihat
beberapa istilah dalam al-Quran, menggambarkan kepada kita bahawa
orang-orang lelaki juga tidak kurang menjadi penghuni neraka, ia
berdasarkan keterangan al-Quran seperti istilah ‘Ashabun Nar’ (ahli
neraka), al-Kafirun, al-Fasiqun, al-Munafiqun, az-Zolimun dan juga
istilah yang disebut oleh baginda Rasulullah s.a.w. seperti golongan
‘Dayus’, peminum arak, anak-anak derhaka dan lain-lain.
Yang
menarik perhatian dalam isu yang ingin dibangkitkan di sini ialah
golongan dayus seperti yang ditegaskan dalam sebuah hadis baginda, ramai
dari kalangan umat Islam hari ini tidak menyedari bahawa mereka boleh
termasuk dari kalangan yang dayus dan tempat golongan ini di akhirat
tidak lain adalah neraka.
Mengapa neraka bagi golongan dayus?
Golongan dayus ini sama ada seorang ayah yang membiarkan anak-anak gadis
mereka keluar rumah tanpa mengenakan pakaian yang menutup aurat dengan
sempurna begitu juga seorang suami yang membiarkan isterinya mendedahkan
aurat seperti tidak memakai tudung kepala hingga di bawah perhiasan
mereka, termasuklah pembantu rumah dalam kalangan wanita asing yang
dibiarkan tidak menutup aurat, maka suami tadi tidak berhak masuk syurga
kerana membiarkan isteri dan pembantu rumahnya tidak menutup aurat
seperti yang ditegaskan oleh al-Quran.
Peristiwa ramainya golongan wanita yang akan ke neraka pada malam Mi’raj
Sayidina Ali berkata: “Saya dengan Fatimah pergi menghadap Rasulullah s.a.wKami dapati beliau sedang menangis, lalu kami bertanya kepadanya,
apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?” Baginda
s.a.w. menjawab: “Pada malam aku di israk hingga ke langit, di sana aku
melihat perempuan dalam keadaan amat dahsyat. Dengan sebab itu aku
menangis mengenangkan azab yang diterima mereka.”
Ali bertanya:
“Apakah yang ayahanda lihat di sana?” Rasulullah s.a.w. menjawab: “Aku
lihat ada perempuan digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak. Aku
lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan
timah cair dicurah ke dalam halkumnya (tekak).
“Aku lihat
perempuan yang digantung kedua kakinya terikat, tangannya diikat ke
ubunubunnya, didatangkan ular dan kala. Aku lihat perempuan yang memakan
dagingnya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka.
Aku lihat perempuan mukanya hitam dan memakan tali perutnya sendiri.
“Aku lihat perempuan yang telinga pekak dan matanya buta, diisikan ke
dalam peti yang diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar daripada
lubang hidung, badan bau busuk kerana penyakit kusta dan sopak. “Aku
lihat perempuan yang kepalanya seperti babi, badannya seperti himar
berbagai kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya
seperti anjing, kala dan ular masuk melalui kemaluannya, mulut dan
pelepasnya (punggung). Malaikat memukulnya dengan corong api neraka.”
Fatimah pun bertanya kepada ayahandanya: “Ayahanda yang dikasihi,
beritakanlah kepada anakanda, apakah kesalahan yang dilakukan oleh
perempuanperempuan itu?”
Rasulullah menjawab: “Fatimah, adapun
perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang tidak menutup
rambut daripada bukan muhrimnya. Perempuan tergantung lidahnya ialah
perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki dan menyakiti hati
suaminya.
“Perempuan yang digantung susunya adalah perempuan yang
menyusukan anak orang lain tanpa suaminya. Perempuan kedua kakinya
tergantung itu ialah perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa izin
suaminya.
“Perempuan tidak mahu mandi daripada suci haid nan
nifas ialah perempuan yang memakan badannya sendiri, juga kerana ia
berhias untuk lelaki bukan suaminya dan suka mengumpat orang.
“Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka
kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek dan
berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain.
“Perempuan
diikat kedua kakinya dan tangannya ke atas ubun-ubunnya, disuakan ular
dan kala kepadanya kerana ia boleh sembahyang tetapi tidak
mengerjakannya dan tidak mandi janabah.
“Perempuan kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah ahli pengumpat dan pendusta.
Perempuan rupanya seperti anjing ialah perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci suaminya.
Seterusnya Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Perempuan yang
menyakiit hati suami dengan lidahnya pada hari kiamat nanti, Allah
jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat di belakang
tengkoknya.”
Abu Bakar as-Sidik mengatakan, aku dengar Rasulullah
s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Perempuan menggunakan lidah untuk
menyakiti hati suaminya ia akan dilaknat dan kemurkaan Allah.”
Usamah bin Zaid menceritakan, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang
bermaksud: “Aku berdiri di atas syurga, kebanyakan yang masuk ke
dalamnya adalah golongan miskin dan orang kaya tertahan di luar pintu
syurga kerana dihisab. Selain daripada itu ahli neraka diperintahkan
masuk ke dalam neraka, dan aku berdiri di atas pintu neraka, ku lihat
kebanyakan yang masuk ke dalam neraka adalah perempuan.”
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Aku lihat api neraka, tidak
pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang
dahsyat di dalamnya aku saksikan kebanyakan ahli neraka adalah
perempuan.”
Rasulullah s.a.w. ditanya, mengapa ya Rasulullah?
Baginda s.a.w. menjawab: “Perempuan mengkufurkan suaminya dan
mengkufurkan ihsannya, Jika engkau membuat baik kepadanya seberapa
banyak pun dia belum berpuas hati dan cukup.” (Hadis riwayat Bukhari
Home »
Bicara Islam
» Lelaki ramai masuk neraka?
Lelaki ramai masuk neraka?
Written By zabidi on Thursday, 5 February 2015 | 9:00 am
Related Posts :
Labels:
Bicara Islam
Post a Comment