Oleh ABU AL-MA’ALI FAEQ AHMED
SETIAP negara daripada negara negara di
dunia, memiliki peralatan yang mampu mengumpul data dan maklumat, sama
ada maklumat yang baik ataupun yang buruk, kesemua itu adalah bertujuan
untuk kerja-kerja mempastikan keamanan negara.
Dan sesebuah
negara sama ada dikira kuat ataupun lemah berdasarkan alat perisikan
yang dimilikinya, peralatan yang lemah tidak mampu menghasilkan laporan
yang baik, malah terdedah kepada kehancuran sesebuah negara.
Dan
mungkin juga peralatan yang canggih bertujuan untuk melemahkan negara
lain, seperti apa yang berlaku kepada peralatan perisikan Amerika yang
dapat mengesan pelbagai maklumat tentang Iraq, Afghanistan, Kashmir,
Bosnia dan lain-lain boleh disifatkan sebagai ancaman yang membahayakan
ketika ini.
Tetapi bukanlah itu maksud penulis berhubung dengan
peralatan perisikan canggih ataupun tidak canggih, apa yang dimaksudkan
di sini ialah kepentingan sesebuah alat itu bagi menyingkap atau
membongkar maklumat berhubung musuh Islam, khususnya puak Zionisme
Yahudi.
Umum mengetahui bahawa maklumat perisikan membebankan
belanjawan sesebuah negara dan kita dapati tidak ada satu alat perisikan
yang mampu mendedahkan kegiatan jahat mereka (Yahudi) secara
menyeluruh. Adapun segala peristiwa yang kita saksikan dengan mata dan
telinga kita, berhubung operasi kejahatan mereka adalah satu petanda
daripada Allah yang akan memenangkan dengan kemenangan yang hampir
kepada pembela-pembela Islam.
Sebagai contoh, satu kejadian masa
dulu peristiwa pengeboman hotel “Paradise” di bandar Mombasa pada 2002,
Kenya yang dimiliki seorang warga Yahudi serta pelancaran peluru
berpandu terhadap pesawat Yahudi, ini menandakan alat perisikan Zionis
Yahudi dan sekutunya Amerika gagal mengesan dari siapa dan dari mana
punca pelancaran peluru berpandu itu dilakukan.
Sehingga kini
masih belum berjaya memastikan angkara siapa yang melakukan, tapi
sebagai orang Islam, apa yang penting jika masih lagi terdapat hamba
Allah di dunia Islam yang bangun di waktu malam untuk bersolat tahajjud
menghadap Tuhan yang Maha Berkuasa mengharapkan dari-Nya membantu
menggagalkan perancangan Yahudi, insya- Allah ia akan terkabul.
Sesungguhnya perancangan Yahudi dan sekutunya digagalkan oleh Allah yang
Maha Berkuasa dalam setiap tindakannya yang dapat disaksikan menerusi
media massa arus perdana sesebuah negara.
Tetapi persoalannya di
sini berdasarkan iman kita, kenapa kita memiliki kekuatan alat perisikan
untuk membongkar kerjakerja Yahudi di seluruh dunia? Di negara manakah
boleh didapati alat tersebut selain yang kita miliki?
Berapakah anggaran peratusnya pula laporan yang tidak tepat? Sejauh manakah kebenaran alat itu?
Semua persoalan di atas dan mungkin yang lain-lain juga, amat perlu
dilontarkan oleh insan yang bernama Islam, tidak kira di mana mereka
berada, iaitu persoalan berdasarkan peristiwa menyayat hati dan
sebagainya yang disaksikan oleh kedua matanya.
Kecanggihan
peralatan perisikan ciptaan manusia tidak mampu menjangkau lebih dari
yang sedia ada di tangannya, ini dapat dilihat kegagalan peralatan
tersebut untuk mengesan detik-detik peristiwa 11 September 2001.
Apa yang penulis ingin beritahu sidang pembaca sekelian, alat perisikan
yang penulis maksudkan itu sebenarnya terdapat di dalam setiap rumah
orang Islam di seluruh dunia, ia merupakan alat yang paling tepat,
berkesan dan memiliki kebenaran 100%.
Tahukah saudara apakah
kekuatan alat perisikan yang mampu menyingkap, mengesan dan membongkar
perancangan jahat Yahudi dan sekutunya, tidak lain itulah “al-Quran
al-Karim” yang ada di setiap rumah pencinta Islam.
Kemampuan
al-Quran bukan sahaja menghimpun berita berhubung Yahudi, malah
menceritakan dengan terperinci telatah, gelagat dan watak mereka, kerana
ia adalah berita yang diberitahu oleh Tuhan yang Mencipta bangsa Yahudi
itu.
Mari kita bersama menyingkap apa yang diketengahkan oleh
al- Quran berhubung dengan bangsa Yahudi, kita sedia maklum, bahawa
al-Quran bukan sekadar menceritakan asal-usul sesuatu bangsa seperti
Bani Israil.
Malah menceritakan juga kegiatan jahat mereka dengan
segala pembohongan dan kerjakerja jijik yang tidak dilakukan oleh
bangsa lain selain mereka seperti membunuh mereka yang bukan dari
kalangan mereka dan banyak lagi dibongkar oleh al-Quran.
Inilah
yang dapat kita saksikan hari ini telatah Zionis/Yahudi dan Amerika
kononnya menyerang negara-negara yang menyanggah dasarnya atas dasar hak
asasi manusia.
Mereka gunakan segala wasilah bagi memastikan
negara-negara yang menentang mereka berada dalam tertekan dan akhirnya
tunduk dan menyerah diri dan bersedia dihukum dengan hukuman yang tidak
diguna pakai oleh undang-undang antarabangsa.
Al-Quran sebenarnya telah mendedahkan pengkhianatan dan pembelotan mereka terhadap Nabi-nabi yang diutus kepada mereka.
Mereka cuba mengikis sejarah kejahatan dan pembohongan mereka, agar
tidak dapat dikesan dan diketahui secara umum oleh generasi umat Islam
akan datang yang sebenarnya tidak dapat ditutup kerana paparan al-Quran
adalah satu kebenaran.
Yahudi adalah satu bangsa yang selalu
melakukan pelbagai pengkhianatan, sesungguhnya Allah SWT telah
menyelamatkan mereka daripada kejahatan Fir’aun yang telah menyembelih
anak-anak mereka dan mencabuli kehormatan isteri-isteri mereka, akan
tetapi mereka membalas segala kebaikan yang Allah berikan pada mereka
dengan penentangan dan kebiadaban.
Hal ini telah disebut oleh
Allah menerusi ayat 47 surah al-Baqarah yang bermaksud: “Hai Bani
Israil, ingatlah akan nikmatku yang telah Aku anugerahkan kepada kamu
dan ingatlah bahawasanya Aku telah melebihkan kamu atas segala umat.”
Umat Islam memiliki kekuatan alat perisikan di dunia
Written By zabidi on Friday, 6 February 2015 | 9:00 am
Labels:
Artikel,
Penulis Tamu


Post a Comment