London:
Ketika Amazon dan kerajaan Britain berusaha mencari cara untuk
menggunakan dron bagi menghantar bungkusan kepada pelanggan, penjenayah
sudahpun menggunakan teknologi itu untuk menghantar dadah kepada rakan
mereka di dalam penjara.
Polis semalam berkata, mereka menemui dua dron membawa telefon bimbit dan dadah berhampiran penjara Pentonville, London.
Seorang lelaki berkelakuan ganjil dilihat awal Sabtu lalu berhampiran penjara itu. Apabila didekati, dia melarikan diri, tetapi tertinggal dua beg mengandungi dadah dan telefon bimbit.
Keesokannya, polis menemui dron yang terhempas selepas dikesan terbang di penjara berkenaan. Mereka kemudian dimaklumkan mengenai sebuah dron yang terbang rendah menuju ke penjara itu.
Pesawat tanpa pemandu itu dijatuhkan oleh polis. Sejumlah besar dadah dan dua telefon bimbit ditemui bersama-sama dron berkenaan.
Media Britain sebelum ini melaporkan, terdapat lebih 30 kejadian dron digunakan di dalam atau sekitar penjara dan bahan seperti dadah dan telefon bimbit ditemui bersamanya. - Agensi

Post a Comment