Oleh SUBKY LATIF
SEORANG jamaah di surau memberitahu saya, sebuah bandar besar di Israel terbakar dan api merebak ke beberapa lokaliti. Saya
balik melihat stesyen TV CNN. Sepanjang siaran adalah tentang kematian
Fidel Castro, pemimpin lbeih setengah abad Cuba. Buka BBC juga tentang
kematian Fidel Castro. Al-Jazeera juga tiada berita tentang Israel.
Harian yang saya langgan juga tiada mengenainya.
Beberapa
hari kemudian saya ke kuliah Magrib di masjid. Tok Guru memanfaatkan
komputer riba memberi kuliah tentang masjid. Dia menyentuh tentang
Masjid al-Aqsa yang baru diharamkan azan oleh Parlimen Israel. Bedebah
Israel.
Ditunjuknya satu slot sidang Parlimen Israel.
Seorang MP Palestin berucap. Muazin dicegah azan di masjid. MP Palestin
itu mengambil kesempatan azan dalam perbahasannya. Kecoh. Beberapa MP
Israel membantahnya. Dia azan hingga selesai.
Kemudian
ditayangnya beberapa slot kebakaran di Israel itu. Api menjulang di sana
sini. Asap hitam tebal berkepul-kepul di lokasi-lokasi terbakar.
Gerunnya api yang menjilat-jilat bagai menyaksikan suasana dalam neraka.
Jika
jerebu teruk berhari-hari gara-gara kebakaran di Sumatera sudah
menyesakkan nafas kita. Tidak tahu betapa deritanya manusia di tengah
selubung asap pekat di setiap lokasi kebakaran Israel itu.
Perbandaran
yang nahas itu adalah yang ketiga besar di Israel. Api mudah merebak ke
lebih 120 lokaliti disebabkan kawasan sekitar penuh pertanian. Tiada
berita kematian tetapi mangsa yang dikejarkan ke hospital ramai. Mungkin
tidak ramai terkena api tapi lemas asap saja sudah cukup menjadi
hospital sesak.
Berita amaran itu sudah cukup besar justeru melibatkan seperlima dari negara haram itu.
Ia
bencana. Bencana ada sebabnya. Gara-gara kezaliman pemerintah dan
masyarkat, menentang Allah dan rasul-rasul dan lain-lain. Kekejaman
rejim dan rakyat zionis tiada taranya di dunia. Semua bentuk
perikemanusiaan dilanggarnya. Selain dari penindasannya kepada rakya
Palestin sepanjang kewujudan negara itu ia adalah ancaman besar kepada
penganut agama Allah dan manusia seluruhnya khususnya berjiran
dengannya.
Kezaliman umat terdahulu habis Allah binasakan
seperti kaum Nuh, kaum Aad, kaum Samud dan kaum Luth. Kekejaman kaum
zionis ini tidak dibinasakan sedemikian kerana rahmat mereka sebagai
umat Nabi Muhammad SAW. Allah berjanji kepada Nabi, umatnya tidak
dibinasakan demikian, tetapi tiada jaminan bala atas onar mana-mana
masyarakat.
Bala di Israel itu besar, tapi mugkin kecil
dibandingkan maksiat umat terdahulu. Dipercayai kebakaran iu adalah
jawapan segera dari Allah atas derhaka mengharamkan azan. Israel bunuh
warga Palestin dan umat Islam. Bakar rumah, ladang dan harta Arab.
Rampas tanah dan usir tuan tanah, jenayah itu adalah terhadap manusia.
Tetapi
sekatan azan adalah perang terhadap Allah. Kebakaran atas seperlima
buminya adalah kecil dan amaran awal. Jika amaran ini tidak diinsafi,
Israel akan terbakar seluruhnya, tinggal Yahudi di luar Israel saja dan
kembali merempat di serta dunia.
Ia bala bagi kaum zionis.
Tapi jangan umat Islam gembira atas bala menimpa mereka. Kita bersedih
sama seperti bersedihnya Nabi-Nai Nuh, Hud, Salleh, Ibrahim dan Luth
atas bala yang ditimpakan kepada umat masing-masing.
Semua bala dan laknat itu bukan untuk dipestakan, tetapi ada untuk diinsafi.
Manusia
termasuk nabi-nabi tidak dapa mengajar musuh-musuh Allah itu. Hanya
Allah dapat mengajarnya. Maka ia mengajar semua untuk membesarkan Allah
dan membenci kezaliman
Seperlima Israel terbakar
Written By zabidi on Thursday, 1 December 2016 | 12:37 pm
Related Posts :
Labels:
Artikel
Post a Comment