Oleh USTAZ ZAINUDIN HASHIM
SESUNGGUHNYA Syariat Islam yang
difardukan oleh Allah SWT selaku Pencipta kita dalam segenap aktiviti
hidup kita sebagai orang Islam begitu luas dan tidak terjangkau minda
dan otak kita mengenainya, amal yang solih bukan hanya terhenti untuk
direbut pada bulan Ramadan atau bulan Rabiulawal yang lalu, akan tetapi
ia bersifat berterusan yang menandakan bahawa setiap muslim dan muslimah
adalah disaran agar sentiasa melakukannya sepanjang waktu selagi
jantung masih berdenyut.
Semua perkara yang difardukan itu
mengandungi hikmat, matlamat serta tujuan utama iaitu tidak lain agar
manusia menjadi hamba Allah yang terbaik dari sudut iman dan amalan,
bagi merealisasikan tujuan tersebut di atas, mereka adalah digalakkan
untuk memerhati surah al-Fatihah yang menjadi rukun dalam solat fardu
dan sunat kerana kepentingannya dalam kehidupan harian.
Daripada
Abi Said Bin al-Ma’la r.a. berkata; Sesungguhnya ketika aku bersolat
(dalam masjid Nabi) maka baginda memanggilku tetapi aku tidak menyahut
panggilannya sehinga aku selesai solat, maka baginda bertanya kepadaku,
apakah sebab engkau tidak menyahut panggilanku, aku pun berkata, duhai
Rasulullah s.a.w. sesungguhnya aku sedang bersolat, baginda pun
menegaskan bahawa, tidakkah Allah berfirman: “Wahai orangorang yang
beriman sahutlah seruan Allah dan Rasul-Nya yang menyeru kamu kepada
suatu yang memberi kehidupan kepada kamu (Al-Anfal ayat 24).
Kemudian baginda berkata: Aku akan ajarmu satu surah yang agung dalam al-Quran sebelum engkau meninggalkan masjid ini.
Maka baginda memegang kedua tangannya dan mengajarkannya dengan surah
al-Fatihah, iaitu surah yang amat agung dalam al-Quran.” (Hadis Sahih
riwayat Imam al-Bukhari).
Menurut Sa’id Hawwa dalam kitab
tafsirnya Al-Asas fi at-Tafsir dalam menghuraikan surah al-Fatihah
menegaskan, bahawa sesungguhnya surah al-Fatihah ini membincangkan
persoalan akidah, ibadat (syariat), manhaj kehidupan muslim dan
persoalan permusuhan yang datangnya dari puak Yahudi dan Nasrani
(Kristian), di mana Yahudi dibenci oleh Allah kerana tidak mahu beramal
dengan kebenaran agama Islam dan Nasrani pula menjadi golongan sesat
kerana tidak mahu menuntut ilmu.
Tidak ada satu perkara pun yang
dikira sebagai sia-sia di sisi Allah selagi ia datang daripada- Nya,
sama dalam perkara ibadat, munakahat (nikah kahwin dan perceraian),
jinayat (jenayah), muamalat (sistem kewangan Islam), pegangan agama,
cara hidup dan sebagainya, dan kesemua itu sudah disimpulkan menerusi
kefahaman seseorang individu muslim dalam surah al-Fatihah yang
diulang-ulang sebanyak tujuh belas kali dalam solat yang didirikan
sehari semalam.
Sudah pasti ada hikmah dan tujuannya, justeru
surah al-Fatihah dikira salah satu rukun solat dan apabila tidak dibaca,
maka solat itu dikira terbatal dengan sendirinya, ini amat berbeza
dengan pembacaan surah-surah dalam solat, walaupun ia juga sebahagian
ayat-ayat al-Quran, namun jika ia tertinggal pembacaannya dalam solat,
maka solat tetap sah.
Ini kerana tidak lain, surah al-Fatihah
dianggap oleh sebahagian besar ulama tafsir sebagai induk kepada
keseluruhan isi kandungan al-Quran, dan ada di kalangan mereka
menyifatkannya sebagai sinopsis kepada tiga puluh juzuk al- Quran iaitu
satu istilah yang telah diguna pakai dalam kajian tesis akademik.
Justeru, ia telah dibahagikan kepada empat cabang utama yang tersangat
penting dalam kehidupan dan aktiviti harian orang Islam yang mesti
mereka ketahui dengan kefahaman yang jelas menuju hala tuju hidup yang
hakiki : Pertama: Persoalan akidah Kedua: Pelaksanaan Syariat Ketiga:
Pembentukan keperibadian serta cara hidup yang betul Keempat: Aspek
permusuhan Perkara pertama yang diberi penekanan oleh Allah SWT dalam
surah ini ialah perkara aqidah, iaitu satu perkara yang menentukan jalan
keimanan dengan persoalan ketuhanan yang mesti ada dalam diri orang
Islam dari dahulu hinggalah berlakunya Kiamat, ini kerana jika
tergelincir kefahaman muslkim mengenai ketuhanan Allah SWT, maka dia
akan terpesong dari kebenaran agama Islam.
Iaitu satu pendekatan
untuk mendidik manusia hanya bertuhankan kepada Allah SWT yang telah
mencipta serta memelihara alam semesta, mengenali Allah dari sudut nama
serta sifat-sifat-Nya hingga mampu menghilangkan kesangsian dalam diri
dan yang paling penting penyaksian terhadap Allah selaku Pemilik hari
kiamat yang akan menghisab segala amalan hamba-Nya.
Ada di
kalangan ulama menyebut, bahawa perkara pertama yang wajib diketahui
oleh orang mukallaf ialah mengenal Allah dalam segenap perbahasan dan
perbincangan mengenainya, oleh sebab itu, kealpaan muslim untuk
mengetahui hakikat kebenaran akidah akan mendorongnya bertindak zalim,
menindas dengan merasakan bahawa dirinya adalah hebat dalam segenap
tindakannya.
Dengan kata lain, kalau kuat iman dan kepercayaan
seseorang itu kepada Allah, maka yang lain dari-Nya adalah kecil serta
serba kekurangan.
Kemudian ia disusuli dengan persoalan ibadat
yang dijelmakan menerusi ayat, “Kepada Engkau kami sembah dan kepada
Engkau jualah kami minta pertolongan”.
Menurut Sa’id Hawwa lagi,
ayat berkenaan memfokuskan aspek berjemaah yang pernah ditegaskan oleh
baginda, hendaklah kamu sentiasa berjemaah dan bersama dengan ketuanya.
“Sesungguhnya sesiapa yang meninggalkan jemaah walau sejengkal, maka
sesungguhnya dia telah terkeluar dari ikatan Islam.” Maksud hadis
Rasulullah s.a.w. Iaitu satu aspek yang menyeluruh, ia bukan sahaja
dalam bentuk ibadat khusus seperti solat, malah dalam ibadat-ibadat umum
seperti tolong-menolong, penampilan diri, cara berfikir, berpakaian,
berkeluarga, berpendidikan, berpolitik, berekonomi dan banyak lagi.
Kesimpulannya, aspek ibadat meliputi seluruh amalan dan aktiviti harian
yang hanya dilakukan kerana Allah sematamata, ia bukan skop yang sempit
seperti yang difahami oleh sebahagian besar umat Islam dalam negara
ini, malah lebih daripada itu.
Seterusnya penekanan tertumpu
kepada aspek cara hidup atau bimbingan akhlak, ini kerana seseorang itu
walau hebat macamana pun akidah dan ibadatnya, tetapi tidak memiliki
akhlak yang terpuji, maka ia dikira sebagai manusia yang tidak sempurna,
ini kerana Rasulullah s.a w ada menegaskan dalam hadisnya yang
bermaksud : “Yang paling sempurna iman orang-orang yang beriman, ialah
yang paling baik akhlaknya.”
Justeru, persoalan akhlak tidak
boleh diabaikan, kerana perbezaan antara orang Islam dan bukan Islam itu
diukur dari sudut akhlak.
Bagi merealisasikan akhlak yang
terpuji, maka surah al- Fatihah telah menuediakan garis panduan yang
amat berkesan, iaitu menjadi golongan yang diberi nikmat oleh Allah
sebagai qudwah (role model/contoh teladan) dalam kehidupan, mereka ini
telah disebut oleh Allah SWT dalam ayat 69 surah an-Nisa’ iaitu golongan
nabinabi, siddiqin (seperti para sahabat/tabi’in/ulama’ dan lain-lain),
syuhada’ iaitu yang mati syahid kerana menegakkan agama Allah di muka
bumi ini dan golongan orang-orang yang solih yang ramai berleluasa di
permukaan bumi.
Akibat tidak menjadikan golongan-golongan
tersebut sebagai qudwah hasanah dalam kehidupan, maka ramai di kalangan
individu muslim rela menjadikan Yahudi dan Nasrani sebagai alternatif
dalam segenap tindak-tanduk, cara hidup, cara berfikir, berpakaian,
penampilan diri yang amat menjijikkan, malah ada yang sanggup menjadi
agen mereka bagi menyebarluaskan fahaman yang terpesong itu. Walaupun
mereka tahu bahawa Yahudi memperkenalkan 5 F yang sesat iaitu fun,
fesyen, famili, food dan filem yang kesemuanya akan menjurus ke neraka
Allah SWT.
Akhir sekali perkara yang dimuatkan dalam surah
al-Fatihah yang mewakili kesemua surah dan ayat dalam al-Quran ialah
aspek permusuhan. Golongan yang paling ketara yang menimpakan pelbagai
permusuhan terhadap orang Islam adalah Yahudi dan Nasrani. Kemusnahan,
kebinasaan dan kehancuran dunia ini biasanya disabitkan dengan tindakan
keduadua musuh utama umat Islam sejak dari dahulu lagi hingga berlakunya
hari Kiamat.
Peraturan dalam aspek hiburan dan sukan telah
dicontohkan oleh golongan berkenaan, sama ada dalam lakonan atau
nyanyian, oleh itu golongan penghibur di kalangan orang Islam juga tidak
ada bezanya dengan apa yang ditonjol dan ditampilkan oleh penghibur
dari barat.
Seolah-olah apa yang didatangkan oleh mereka patut
ditiru dan diikuti oleh penghibur negara, walaupun tindakan mereka itu
memperlihatkan percanggahan dengan hukum Allah. Ingatlah, kalau aspek
agama tidak menjadi benteng kekuatan dalam diri kita sebagai orang
Islam, pasti akan ada aspek-aspek sumbang yang lain mengambil tempat
untuk menjauhkan kita daripada Islam yang kita sama-sama cintai.
Home »
Bicara Islam
» Surah al-Fatihah mampu rungkai persolan hidup Muslim
Surah al-Fatihah mampu rungkai persolan hidup Muslim
Written By zabidi on Tuesday, 21 March 2017 | 8:00 am
Labels:
Bicara Islam
Post a Comment