Oleh USTAZ ZAINUDIN HASHIM
BIDANG hiburan adalah medium paling
digemari segenap lapisan masyarakat, tidak kira warga tua, muda, lelaki,
perempuan, Melayu, Cina, India, Mat Saleh, apapun bangsa di dunia
mempunyai budaya hiburan tersendiri, hingga terdapat dalam kalangan
mereka yang sanggup berbunuh-bunuhan kerana mempertahan budaya atau
hiburan kesukaan mereka.
Kita tidak menafikan bahawa hiburan
adalah salah satu cara untuk memberi ketenangan pada jiwa manusia dari
dahulu hingga ke hari ini. Namun pendekatan cara berhibur sahaja yang
agak berbeza, kalau dalam kalangan para Sahabat Rasulullah s.a.w. cara
mereka berhibur adalah dengan membca, menghafal dan mengulangi pembacaan
al-Quran, jadi tidak menjadi pelik apabila kita membaca sejarah hidup
mereka ada yang mengkhatam al-Quran tiga kali dalam sehari, seminggu,
sebulan dan berbagai-bagai cara lagi.
Tindakan mereka seolah-olah
diwariskan kepada generasi berikut dalam kalangan para Tabi’in dan
Tabi’ Tabi’in yang sentiasa berhibur dengan al-Quran, membaca serta
menghayati hadis-hadis Rasulullah dan tidak kurang juga yang gemar
menyampaikan nasihat, peringatan atau motivasi kepada individu yang
mereka temui, ia suatu kepuasan kerana dapat berhibur dengan
elemen-elemen yang telah disebutkan di atas.
Kadang-kadang
terdapat insan Muslim turut mempertahan budaya atau bidang hiburan
mereka walaupun ia salah pada pandangan hukum syarak.
Hukum bagi
mereka tidak akan ke mana, pencapaian hiburan lebih diberi keutamaan
daripada hukum syarak, ini bukan cakap kosong, realitinya begitu,
justeru penganjuran hiburan dapat izin pihak berkuasa, bukan sahaja
mendapat keizinan, akan tetapi ditaja oleh pihak-pihak tertentu di
samping mempromosi produk keluaran mereka masingmasing.
Islam
sama sekali tidak mengharamkan hiburan asalkan ia memelihara adab-adab
serta akhlak ketika berhibur, dalam erti kata artis wanita boleh
menyampaikan hiburan kepada sesama sejenis mereka adalah menjadi
keutamaan daripada menyampaikan hiburan di hadapan lelaki yang bukan
mahramnya, kadang-kadang kelihatan mereka terkinjakinja di hadapan
lelaki bukan mahram, sebenarnya bukan mahu menghukum mereka, tetapi
sekadar peringatan sesama saudara seagama, kerana tidak tahu apakah cara
terbaik untuk mengingatkan sesama saudara dan saudari yang sebenar ada
potensi untuk dibangunkan dengan eleman Islam.
Apapun yang
terbaik pelaksanaan serta penganjuran hiburan telah dibuktikan sendiri
oleh baginda Rasulullah s.a.w. Peristiwa Israk dan Mikraj menjadi
pengukur kepada konsep hiburan yang berorientasikan keagamaan.
Peristiwa berkenaan berlaku setelah baginda Rasulullah dikhabarkan
dengan kematian dua insan hebat dalam mempertahan dakwah selama 13 tahun
di Makkah iaitu pak cik Nabi bernama Abu Talib dan isteri baginda iaitu
Sayidatina Khadijah, bukan sahaja hebat tetapi menjadi tulang belakang
kepada gerakan dakwah Rasulullah s.a.w.
Setahun sebelum
penghijrahan baginda ke Madinah sebagai destinasi terakhir, baginda
telah diperjalankan oleh Allah SWT melalui satu program hiburan kerana
terdapat pandangan ulama sirah menyebut bahawa baginda diperjalankan
pada malam Israk dan Mikraj sebagai satu hiburan bagi menghilangkan rasa
gundah gulana dengan perkhabaran kematian Abu Talib dan Sayidatina
Khadijah (ini menunjukkan bahawa merupakan manusia seperti kita yang
memiliki perasaan dan simpati), ia sebagai satu ujian berat yang dilalui
oleh setiap makhluk bernama insan.
Bagaimanapun, perjalanan itu
merupakan program masjid ke masjid iaitu dari Masjidil Haram di Makkah
ke Masjidil Aqsa di Palestin, hiburan yang dipilih Allah ke atas Nabi
Muhammad s.a.w. itu adalah satu bentuk hiburan berbentuk agama, iaitu
hubungan keduadua masjid dengan Islam iaitu merupakan kiblat umat Islam
yang pertama dan kedua, ia satu peristiwa untuk menghilangkan keresahan
baginda Rasulullah yang sedikit sebanyak boleh menjejaskan tumpuan untuk
berdakwah, tetapi kerana hiburan itu tajaan Allah, maka keresahan dan
gundah gulana yang menghimpit baginda akhirnya luput.
Tetapi
apabila kita menilai semula penganjuran program hiburan dalam tanah air,
kita boleh kategorikan pelbagai dimensi yang berlainan yang menunjukkan
para pencipta program hiburan itu tidak ketandusan idea, ada sahaja
idea-idea mereka yang dilontarkan kepada masyarakat yang diterima baik
sebagai hiburan yang memuaskan hati.
Justeru, kita boleh
bahagikan aspek hiburan tanah air kepada beberapa bahagian, lawak
jenaka, lakonan drama-filem, nyanyian, hiburan realiti dan lain-lain.
Ini juga merupakan kejayaan bangsa Yahudi yang menguasai Hollywood
untuk menjahanamkan umat manusia tanpa mengira kedudukan agama mereka
supaya jauh dari hidup beragama, mereka telah sediakan kaedah untuk
menghancurkan manusia melalui 5F yang diperkenalkan, iaitu Filem,
Fesyen, Famili, Food dan Fun.
Kalau kita perhatikan 5F tersebut
benar-benar mereka telah berjaya memasukkan jarum-jarum kemusnahan dan
kerosakan hingga menjana manusia yang sombong, pentingkan diri, mengejar
populariti, membina nama dalam industri yang diceburi, pergaulan bebas
dalam pembikinan sesebuah filem, apatah lagi yang tidak patuh Syariah,
yang haram jadi halal seperti berpelukan dan sebagainya.
Lawak
jenaka: Satu program realiti terkini yang diperkenalkan di saluran Astro
seperti Raja lawak (Lawaking), Maharaja Lawak, Lawak Spontan, sembang
Lawak sudah masuk musim yang kiranya mendapat sambutan yang amat
menggalakkan daripada masyarakat Malaysia tanpa terbatas kepada golongan
muda sahaja, sama ada yang menjadi penonton ataupun peserta, ia tidak
lain menjanjikan pulangan hadiah lumayan.
Apakah peserta yang
menyertai program realiti ini sudah mendapatkan pandangan para mufti,
ahli-ahli agama, para pensyarah Syariah di unversiti-universiti tempatan
mengenai penyertaan mereka yang menggalakkan banyak ketawa dan kurang
mengajak penonton untuk menginsafi alam padang Mahsyar, persoalan kubur
dan lain-lain. Pendek kata para peserta telah melakukan penyanggahan
terhadap hadis baginda yang melarang umatnya daripada banyak ketawa.
Lakonan drama-filem: Ia juga satu medium yang memberi peluang untuk
para peserta menjadi terkenal dan popular apabila dinobatkan sebagai
juara dalam satu-satu pertandingan, contoh terbaru apabila para peserta
berpeluang sebagai ‘anak wayang’ apabila impian mereka menjadi kenyataan
berlakon bersama para artis berpengalaman yang mendidik mereka secara
tidak langsung.
Ramai artis yang sanggup untuk berlakon dalam
filem seram yang terlalu banyak bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan,
tetapi tidak mengambil kira apakah sebenarnya mesej yang mahu
disampaikan kepada umum, apapun kesan negatifnya lebih banyak daripada
positif, umpamanya ramai dalam kalangan kanak-kanak mula takut bila
keadaan bergelap, mereka akan membayangkan bahawa adanya hantu di
sekeliling mereka, akhirnya bukan Al lah yang mereka tahut tetapi hantu
yang ditakutkan.
Drama-drama bersiri pula mengikat para penonton
untuk terus mengikuti episod-episod seterusnya, sedangkan waktu
siarannya kadang-kadang bermula pada jam, 7.00 – 8.00 malam dengan
laungan azan Maghrib, iaitu waktu di mana Muslim yang komited dengan
masjid ataupun surau terikat dengan kisah selanjutnya, yang kuat
pegangan tidak akan mudah cair dengan episod-episod berikut tetapi yang
kurang ikatan dengan masjid atau surau sudah tentu akan duduk di rumah
untuk mengetahui kisah selanjutnya, begitulah taktik untuk menghalang
manusia daripada terus beribadat kepada Allah SWT.
Bidang
nyanyian: Penganjur banyak menganjurkan programprogram realiti seperti
Akademi Fantasia hingga musim kesebelas atau dua belas, Mentor, So do
you think you can dance, Malaysia Idol, Bintang RTM, Bintang Klasik,
Kilauan Emas, Idola Kecil dan pelbagai penganjuran lain, tetapi apakah
matlamat penganjuran kesemua slot-slot hiburan tersebut, itulah yang
menjadi misteri kepada umum?. Pokoknya dari segenap usia iaitu
kanak-kanak, remaja, dewasa dan golongan warga emas dilihat seronok
bagaikan tidak akan mati.
Apa yang dapat kita samasama simpulkan
matlamat daripada penganjuran banyak program hiburan tidak lain adalah
untuk memperkasa industri hiburan tanah air, ia tidak bermaksud bahawa
Islam menghalang kemajuan industri berkenaan, akan tetapi ia perlu
direalisasikan tanpa menggugat kesucian agama Islam, kerana ia adalah
naluri yang ada pada semua makhluk bernama manusia.
Apapun yang
pasti, selepas ini Malaysia sebagai tanah air kita yang menjulang konsep
Satu Malaysia akan mampu melahir atau memproduk seramai mungkin
golongan artis kerana berjaya menganjurkan program-program hiburan
realiti termasuk dengan hadiah lumayan yang akhirnya ramai yang mahu
bergelar superstar tetapi cetek tentang ilmu agama, usah jadi macam Shah
Rukh Khan sudahlah, lepas dapat gelaran Dato’, dia cakap pada perkara
yang menghina peribadi Rasulullah s.a.w., sama-samalah kita fikirkan.
Home »
Bicara Islam
» Hiburan melampau pemusnah generasi muda
Hiburan melampau pemusnah generasi muda
Written By zabidi on Wednesday, 22 March 2017 | 8:00 am
Labels:
Bicara Islam
Post a Comment