Oleh
Daging beku India sebenarnya memenuhi
kehendak keperluan pasaran apabila hampir 80 peratus bekalan daging di
pasaran adalah dari India. Selebihnya adalah daging tempatan, Australia
dan New Zealand.
Pengusaha kedai makanan, Ramly Burger dan rakyat
biasa juga lebih gemar memilih daging beku India kerana harganya murah
hanya RM14/kilogram (kg) berbanding daging tempatan, RM45/kg; Australia
(RM29/kg) dan New Zealand (RM29/kg).
Walaupun
mulanya kita tidak beberapa menggemari daging kerbau dari India namun
kerana daging lain terlalu mahal membuatkan pengguna terpaksa membelinya
juga. Sekarang, seluruh negara sudah tidak asing lagi dengan daging
kerbau beku dari India.
Oleh
yang demikian, kenapa tidak orang ramai juga beralih ke Ikan Segar Beku
(Q’Fish) pula kerana harganya jauh lebih murah berbanding ikan
tempatan yang amat mahal ketika ini.
Ikan
tempatan untuk sampai kepada pengguna juga akan melalui proses rantaian
dari nel
ayan, orang tengah, pemborong, peruncit seterusnya pengguna.
Sebagai contoh jika ikan itu dari Perlis untuk tiba kepada pengguna di
sekitar Lembah Klang, pastinya dengan tempoh masa perjalanan dan
rantaian tersebut sekurang-kurangnya akan mengambil masa dari 7 hingga
10 hari.
Adakah ia benar-benar segar lagi?
Sudah tentu tidak kecuali mereka yang tinggal berhampiran laut dan
nelayan sahaja akan benar mendapat ikan segar.
Q’Fish
ini diimport dari India, Pakistan dan Indonesia dan kualitinya sentiasa
dipantau oleh pengimport swasta mahupun Persatuan Nelayan Kebangsaan
(Nekmat). Tempoh masa untuk tiba pula ialah antara 2 hingga 3 minggu
sahaja. Seterusnya dipasarkan kepada peniaga-peniaga.
Terkini,
mereka (Nekmat) telah membuat pembungkusan ikan-ikan ini secara
individu iaitu secara satu persatu atau individual quick freezing (IQF)
demi memastikan kesegarannya.
Rakyat Malaysia
perlu menerima hakikat yang harga ikan tempatan tidak akan sentiasa
stabil dan dengan adanya Q’Fish ini sekali gus memberi pilihan kepada
rakyat untuk memilih ikan yang lebih murah.
Sebenarnya
banyak pengusaha makanan telah lama menggunakan ikan beku import ini
kerana harganya yang murah dan mereka boleh menjualnya selepas dimasak
kepada pelanggan dengan harga berpatutan.
Antara
punca ikan tempatan menjadi mahal kerana faktor cuaca, pencerobohan
nelayan Vietnam yang mencuri ikan di perairan negara dan kekurangan
jumlah nelayan ke laut.
Kerajaan seharusnya
segera menangani isu-isu ini terutama pencerobohan nelayan Vietnam. Bot
atau kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) perlu ditambah
untuk mengawal perairan negara dari terus diceroboh.
Cukai barang dan perkhidmatan (GST) juga perlu dihapuskan terhadap barang-barang keperluan nelayan seperti jaring dan enjin.
Kesimpulannya,
rakyat Malaysia terutama yang tinggal di bandar-bandar harus menerima
hakikat bahawa kita terpaksa beralih ke Q’Fish ini juga kerana harganya
jauh lebih murah berbanding harga ikan tempatan.
PENULIS ialah Pengerusi Pertubuhan Penggerak Nadi Rakyat.
Post a Comment