Oleh Mat Sport
KINI terjawab sudah betapa Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) akhirnya termalu sendiri gara-gara cuba menegakkan benang basah apabila mahu berkeras dengan peraturan yang juga pernah dilanggarnya dalam sebuah kejohanan anjurannya pada 2012.
Ugutan tindakan tatatertib PSM tidak termakan oleh pemain, jurulatih dan pengadil yang cuba disasarkan dan penarikan balik kebenaran penganjuran tidak memberikan ‘kudis’ langsung kepada niat suci murni Utusan Malaysia demi kesinambungan dan pembangunan sukan tradisi ini.

Kejohanan Sepak Takraw Utusan 2017 tetap
berlangsung dengan jayanya dari Khamis hingga Ahad lalu dengan sistem
kiraan mata tersendiri, 15 dan 21 mata malah mendapat sambutan hebat
dengan penyertaan besar 334 regu dalam enam kategori.
Fakta dan rekod itu sudah membuktikan jadi Mat
Sport tidak mahu cakap besar seperti pemimpin PSM sewaktu bermesyuarat
dengan pegawai-pegawai kanan Utusan, pertengahan bulan lalu mengenai
kejohanan ini.
Kepada PSM, Mat nasihatkan jagalah pasukan
kebangsaan kita sahaja. Dengan hanya menewaskan Filipina, Brunei,
Kemboja dan Laos, semua peminat sudah cerdik bahawa emas antara regu
Sukan SEA baru-baru ini memang kurang bernilai dan bukan penanda aras
kejayaan kita langsung.
Thailand, Indonesia dan Myanmar serta Korea
Selatan akan menunggu dalam Kejohanan Dunia Piala Raja Thailand Ke-32 di
Bangkok, kurang sebulan dua lagi. Itulah kayu pengukur sebenar anda,
PSM.
Lagi satu tolonglah PSM, jangan diulang boikot
perlawanan akhir macam Oktober tahun lalu pada kejohanan itu. Memalukan!
Tidak fasal-fasal nanti kena denda RM80,000 oleh Persekutuan Sepak
Takraw Antarabangsa (Istaf) lagi.
Berbalik kepada Kejohanan Sepak Takraw Utusan,
Mat fikir Pesuruhjaya Sukan, Datuk Zaiton Othman mungkin perlu beri
perhatian kepada tindak-tanduk PSM ini.
Misalnya di bawah Seksyen 20 (1) Akta Pembangunan
Sukan 1997, sebuah badan sukan yang didapati cuba mengganggu kemajuan
sesebuah sukan itu seperti larangan terhadap Kejohanan Utusan ini boleh
dikenakan tindakan tertentu.
Langkah ini boleh diambil sama ada atas inisiatif
Pesuruhjaya Sukan sendiri atau berdasarkan aduan daripada mana-mana
pasukan atau atlet yang bertanding yang mungkin berasa persediaan mereka
khususnya segi kewangan dan pemain, terjejas teruk angkara PSM.
‘Servis’ di kaki anda untuk ‘melibas’ mereka pula.
Post a Comment