BEKAS Presiden Amerika Syarikat Barack Obama adalah lelaki paling
dikagumi di AS dan bekas Setiausaha Negara Hillary Clinton pula adalah
wanita paling dikagumi, menurut tinjauan dikeluarkan pada Rabu.
Obama meraih tempat teratas dalam kajian tahunan Gallup bagi tahun
ke-10 berturut-turut sementara Clinton yang merupakan pesaing Donald
Trump pada Pilihan Raya Presiden tahun lepas dinamakan sebagai wanita
paling dikagumi untuk 16 tahun berturut-turut.
17% rakyat Amerika dalam kajian itu mengatakan Obama adalah lelaki
paling dikagumi mereka, berbanding 22% tahun lepas. Donald Trump berada
pada kedudukan kedua dengan 14% dan Pope Francis meraih 3%.
9% responden kajian pula memilih Clinton sebagai wanita paling
dikagumi diikuti bekas Wanita Pertama AS Michelle Obama dengan 7% dan
Oprah Winfrey dengan 4%.
Gallup berkata kajian itu dilakukan ke atas 1,049 responden antara 4-11 Disember dan mempunyai ralat tambah tolak empat peratus.
Obama adalah lelaki paling dikagumi rakyat AS
Written By zabidi on Sunday, 7 January 2018 | 12:10 pm
Related Posts :
Labels:
Global
Post a Comment