MOSCOW –
Kementerian Pertahanan Rusia menyatakan semalam bahawa pihaknya
mendedahkan maklumat baharu bagi menyokong dakwaan bahawa peluru
berpandu yang digunakan untuk menembak jatuh sebuah pesawat milik
Malaysia Airlines di Ukraine pada 2014 ditembak oleh tentera Kiev.
Pada satu sidang akhbar,
kementerian itu berkata, pihaknya mendedahkan nombor siri peluru
berpandu BUK itu buat kali pertama. Menurutnya, misil tersebut dibina
dan dihantar ke Ukraine semasa era Kesatuan Soviet dan tidak dipulangkan
ke wilayah Rusia.
“Peluru berpandu dengan
nombor siri 886847379 untuk sistem misil BUK pada 29 Disember, 1986
dihantar menggunakan pengangkutan kereta api ke unit tentera nombor
20152,” agensi berita rasmi, RIA Novosti memetik seorang pegawai kanan tentera, Nikolai Parshin sebagai berkata.
Katanya,
unit tentera berkenaan berpangkalan di Ukraine yang ketika itu
sebahagian daripada negara Kesatuan Soviet. Beliau menambah, maklumat
didedahkan itu diklasifikasikan sebagai ‘sangat sulit’.
Rusia
menafikan sebarang penglibatan dalam perbuatan menembak jatih
Penerbangan MH17 itu dan menampilkan beberapa teori yang menyalahkan
Kiev.
Pesawat jenis Boeing 777-200 itu
terbang dari Amsterdam menuju ke Kuala Lumpur dan terhempas di luar kubu
kuat pemberontak pro-Rusia di Donetsk pada 17 Julai 2014, mengakibatkan
semua 298 penumpang dan krunya terbunuh. – AFP
Post a Comment