BERLIN -
Pengeluar kenderaan Jerman, BMW baru sahaja memperkenalkan sebuah model
motosikal bergerak sendiri yang mana ia boleh memecut dan melengkapkan
satu pusingan di litar dan parkir tanpa penunggang.
Satu klip video yang dikongsi
oleh BMW Motorrad, unit pengeluaran motosikal syarikat berkenaan,
menunjukkan aplikasi teknologi itu pada model R1200GS. Ia mengambil masa
selama dua tahun untuk dibangunkan.
Jentera itu menggunakan satu
perisian pintar yang membolehkan enjin dihidupkan, kawalan motosikal,
kuasa memecut dan mengambil selekoh serta membrek tanpa campur tangan
manusia.
BMW berharap teknologi
kecerdasan pintar (AI) boleh membantu meningkatkan keselamatan
penunggang menerusi bantuan kawalan tunggangan dan membrek dalam situasi
berbahaya atas jalan.
Syarikat itu
mendakwa kenderaan itu dibina bukan untuk pengguna tetapi sebagai medium
memahami bagaimana ciri keselamatan baharu boleh diserapkan ke dalam
rangkaian produk motosikal BMW.
Bagaimanapun,
kumpulan pengkaji yang menghabiskan masa beratus-ratus jam melakukan
penyelidikan dan pembangunan teknologi tersebut berharap AI itu boleh
dipasang dalam model-model motosikal BWM pada masa hadapan.
Firma
automotif itu tidak mendedahkan jenis teknologi yang digunakan untuk
tunggangan sendiri tetapi dipercayai membabitkan kamera sensor, lidar
dan teknologi AI. – Agensi
Post a Comment