Oleh
HARI ini kita menyambut ulang tahun ke-55 pembentukan Malaysia iaitu penyatuan Tanah Melayu dengan Sabah dan Sarawak. Tempoh antara Hari Kebangsaan 31 Ogos hingga 16 September diistilah bulan kemerdekaan negara. Dan esok kita sambung bercuti. Sebagai bacaan santai Merrepak hari ini menyenaraikan 7 hal Hari Malaysia yang anda kena tahu:
HARI ini kita menyambut ulang tahun ke-55 pembentukan Malaysia iaitu penyatuan Tanah Melayu dengan Sabah dan Sarawak. Tempoh antara Hari Kebangsaan 31 Ogos hingga 16 September diistilah bulan kemerdekaan negara. Dan esok kita sambung bercuti. Sebagai bacaan santai Merrepak hari ini menyenaraikan 7 hal Hari Malaysia yang anda kena tahu:
1 Cuti Umum
Tahukah anda bahawa cuti umum 16 September
hanya diisytihar sebagai cuti nasional pada 2010, iaitu lapan tahun
lalu. Itu pun setahun sebelumnya, 16 September hanya cuti peringkat
Sabah dan Sarawak sahaja.
Pelajar subjek
sejarah harus menghafal dua tarikh keramat ini: 31 Ogos 1957 adalah hari
kemerdekaan Tanah Melayu manakala 16 September 1963, hari pembentukan
Malaysia yang juga secara rasmi hari kemerdekaan Sabah dan Sarawak
daripada penjajahan British. Bukan Sabah, Sarawak masuk Malaysia!
2 Nama purba
Menurut
satu kajian, nama yang merujuk negara kita telah dinyatakan oleh ahli
kaji bintang yang hidup pada tahun 100 masihi, Ptolemy sebagai Aurea
Chersonesus, bermaksud “Semenanjung Emas”.
Saya tidak berapa arif hal emas di Malaysia berbanding bijih timah dan
rempah, yang merupakan komoditi utama perdagangan zaman purba di
Nusantara. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya, sila selidik
sendiri.
3 Borneo adalah pulau
Mulanya
pening juga bila disebut pulau, apakah ia menyerupai Pulau Langkawi?
Kenapa tidak dipanggil benua? Susah sebab pengkaji alam menggunakan
kaedah saintifik tertentu untuk tidak mengklasifikasikannya sebagai
benua.
Borneo seluas lebih 744,108
kilometer persegi, adalah pulau ketiga terbesar, menyusuli Greenland dan
New Guinea. Borneo kini merangkumi tiga negara iaitu Malaysia dengan
Sabah dan Sarawak, Brunei dan Indonesia dengan Kalimantan.
4 Sama waktu
Pada
1 Januari 1982, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika dalam era pertama
beliau sebagai Perdana Menteri telah mengarahkan waktu di Semenanjung
dianjak 30 minit untuk menyamai waktu di Sabah dan Sarawak. Singapura
yang keluar Malaysia pada 1965, pun mengikut langkah Malaysia pada hari
sama!
Mengikut satu catatan, waktu di
Malaysia telah diubah sebanyak lapan kali dalam sejarah modennya iaitu
pada 1932, waktu dicepatkan 20 minit untuk 'memanjangkan’ waktu siang;
1941, waktu dicepatkan lagi 10 minit; 1942, dicepatkan dua jam untuk
menyamai waktu Tokyo (Jepun menakluk ketika itu) dan selepas tamat
perang pada 1945, British mengembalikan kepada waktu 1941.
5 Gua Mulu
Taman
Negara Gua Mulu di utara Sarawak adalah gua terbesar di dunia yang
dianggarkan boleh memuatkan 40 pesawat Boeing 747. Selain itu Mulu juga
diiktiraf sebagai gua terpanjang di Asia Tenggara.
Secara umumnya, pengunjung tidak gerun sangat bila meneroka gua ini
sebab ruangnya yang luas, kecuali bila waktu senja apabila beribu-ribu
kelawar pulang ke sarang di dalam gua. Tetapi inilah fenomena alam
semula jadi yang mesti anda saksikan bila berada di Mulu.
6 Jelajah pulau di Sabah
Semua
mengenali Pulau Sipadan sebagai syurga penyelam. Cuma, pulau ini ada
kuota pengunjung yang tidak boleh begitu ramai pada satu-satu masa.
Tidak apa. Pilihan kedua yang anda boleh pergi ialah Pulau Mabul yang
terletak berhampiran.
Warna air Laut
Sulu di perairan Sabah ini biru kehijauan, yang benar-benar memukau.
Sabah memiliki puluhan pulau lain seperti Pulau Mantanani, Mamutik,
Kapalai dan banyak lagi. Anda tidak perlu ke Maldives atau Bali. Sabah
saja sudah dekat bah!
7 Asal-usul Kuching
Tiap
kali lalu di hadapan arca kucing di Padungan, begitu ramai pelawat
mengambil gambar di situ. Arca itu dibina oleh Dewan Bandaraya Kuching
Selatan sebagai tarikan pelancong.
Kelakarnya, di belakang arca, sebuah bangunan menempatkan restoran
makanan segera terpampang besar logonya yang pasti 'merosakkan’ gambar.
Ada beberapa versi asal-usul nama Kuching, tetapi ramai percaya nama itu
tiada kaitan pun dengan haiwan kesayangan ramai tersebut.
Sebaliknya ia diambil daripada nama anak sungai yang kini sudah tiada
iaitu Sungai Kuching di mana wujud banyak pokok buah tempatan, 'mata
kucing’ yang tumbuh melata di bukit yang kini menempat hotel dan pusat
makanan terkenal Top Spot.
Keyakinan ini
mengukuh dengan penemuan 280 duit syiling dari abad ke-16 semasa kerja
perobohan bangunan panggung Rex pada 1995. Pengkaji percaya Sungai
Kuching wujud dengan dermaga di situ.
Tetapi tidak mengapalah kalau ramai mengaitkan Kuching dengan kucing. Kedua-duanya disukai ramai.
Post a Comment