SKUAD sepak
takraw negara berjaya menamatkan kemarau pingat emas apabila muncul
juara acara antara regu pada temasya Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018
di Indonesia Selasa lalu.
Pada aksi final yang
berlangsung di Dewan Ranai, Bandar Sukan Jakabaring, Palembang itu, regu
negara yang dibarisi Muhammad Zulkifli Abd. Razak selaku tekong, Farhan
Adam (pengumpan) dan Mohamad Azlan Alias (perejam) berjaya menewaskan
regu tuan rumah dalam pertarungan tiga set, 18-21, 22-20 dan 21-11.
Kemenangan
itu berjaya mengembalikan kegemilangan atlet negara dalam sepak takraw
selepas kali terakhir Malaysia memenangi pingat emas adalah pada Sukan
Asia 1995 di Hiroshima, Jepun.
“Saya
menitiskan air mata apabila melihat kejayaan yang dilakar skuad negara
selepas begitu lama Malaysia tidak memenangi emas dalam acara ini,” kata
jurulatih negara, Abdul Latib Ahmad.
Ia
juga merupakan pingat emas keempat negara dalam temasya kedua terbesar
dunia itu selepas tiga lagi diraih skuad boling menerusi acara
perseorangan lelaki dan trio wanita selain kemenangan yang dicatat oleh
ratu squasy negara, Datuk Nicol David dalam acara perseorangan wanita.
Post a Comment