Headlines News :
Home » » Taufan paling kuat badai Jepun

Taufan paling kuat badai Jepun

Written By zabidi on Friday 7 September 2018 | 6:18 pm

TOKYO – Taufan paling kuat pernah membadai Jepun dalam tempoh 25 tahun tiba di daratan semalam ketika lebih sejuta orang digesa supaya berpindah untuk berlindung daripada angin kencang dan hujan lebat.

Taufan Jebi yang membawa angin selaju 216 kilometer sejam itu meragut enam nyawa selepas tiba di daratan di barat daya Jepun, berhampiran kawasan yang masih belum pulih daripada banjir pada awal musim panas tahun ini.

Ribut itu bergerak pantas ke arah timur laut dan sampai ke bandar Kobe awal tengah hari semalam.
Taufan Jebi memaksa lebih 700 penerbangan dibatalkan termasuk sebilangan penerbangan keluar masuk antarabangsa di Nagoya dan Osaka. Turut dibatalkan adalah perkhidmatan feri, kereta api tempatan dan tren laju.

Perdana Menteri, Shinzo Abe menggesa orang ramai agar berpindah awal dan mengarahkan kerajaan mengambil semua langkah perlu untuk melindungi penduduk.

Agensi kaji cuaca Jepun turut memberi amaran tentang risiko tanah runtuh, banjir, angin kencang di samping ombak besar, petir dan puting beliung di serata kepulauan Jepun termasuk bandar utama seperti Osaka, Kyoto serta Tokyo.

“Taufan ini adalah yang terkuat sejak tahun 1993,” kata ketua peramal cuaca agensi itu, Ryuta Kurora.

Nasihat perpindahan dikeluarkan kepada 1.19 juta orang di barat dan tengah Jepun dengan 16,000 penduduk lagi diminta berpindah, namun arahan tersebut bukan mandatori, kata agensi pengurusan kebakaran dan bencana.

Media tempatan pula memberi amaran bahawa Taufan Jebi cukup kuat untuk meruntuhkan rumah kayu dan tiang elektrik serta menggesa orang ramai di kawasan terjejas supaya jangan melakukan perjalanan yang tidak perlu. – AFP
Share this post :

Post a Comment

 
Programmer : Creating Website
Webmaster ZABIDI MORAD
Copyright © 2014. BERANI KERANA BENAR - All Rights Reserved

PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER