Headlines News :
Home » » 5G di Korea Selatan

5G di Korea Selatan

Written By zabidi on Wednesday 19 June 2019 | 8:09 am

Oleh Muhammad Saufi Hassan

KOREA Selatan antara negara terawal yang menggunakan teknologi jaringan 5G dan dilaporkan sejak ia dilancarkan secara berperingkat awal bulan lalu, 260,000 pengguna sudah melanggan teknologi berkenaan.

Negara itu sekali gus menjadi lokasi awal penggunaan 5G dan Korea Selatan antara negara mudah alih paling canggih di dunia serta peneraju dunia dalam infrastruktur 5G.

Berdasarkan laporan TechRadar, tiga pengendali telekomunikasi terbesar di Korea Selatan iaitu SK Telecom, KT dan LG Uplus beralih kepada rangkaian 5G sejak Disember lalu.

Bagi SK Telecom, syarikat berkenaan melancarkan jaringan telekomunikasi terbaru itu awal April lalu.
Bagaimanapun, pelancaran awal jaringan terkini itu mendapat rungutan daripada pengguna berhubung masalah liputan serta kelajuan jaringan berkenaan.

Kerajaan Korea Selatan mengesahkan terdapat 54,202 stesen pangkalan 5G di negara berkenaan, tetapi liputan terhad kepada kawasan bandar pada masa ini.

Biarpun spektrum yang digunakan untuk rangkaian 5G mempunyai kapasiti jauh lebih tinggi daripada spektrum yang digunakan untuk jaringan 5G, ia juga mempunyai jarak lebih pendek.

Ini bermakna pengendali perlu mempertingkatkan rangkaian mereka dengan mewujudkan lebih banyak pencawang yang menyokong jaringan 5G supaya membolehkan liputan meluas tanpa sebarang masalah.

Ini termasuk kewujudan sel pencawang mikro untuk membolehkan liputan lebih baik termasuk pengguna mendapat keupayaan kelajuan yang sepatutnya bagi jaringan 5G.
Satu kenyataan oleh pihak berkuasa negara itu memaklumkan bahawa aduan berkenaan dibuat kerana masih banyak lagi lokasi yang kurang liputan sehingga mengganggu kelajuan Internet yang ditawarkan.

“Kita dapati ramai pengguna membuat aduan awal dan pihak pengendali telekomunikasi sedang berusaha untuk menangani masalah berkenaan dan memberikan khidmat lebih baik.

“Selain itu, wujud juga aduan daripada orang ramai berhubung masalah sistem jaringan berkenaan dan pembaikan sedang dilaksanakan,” katanya.

Pada masa sama, Verizon melancarkan jaringan 5G pertama dunia di Amerika Syarikat (AS) tahun lalu dan merancang untuk menawarkan pelan kepada pengguna pada tahun ini.

Selain itu, pengendali telekomunikasi di United Kingdom pula mengesahkan akan melancarkan jaringan berkenaan tahun ini.
Share this post :

Post a Comment

 
Programmer : Creating Website
Webmaster ZABIDI MORAD
Copyright © 2014. BERANI KERANA BENAR - All Rights Reserved

PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER