JABALPUR: Sebuah bangunan empat tingkat kediaman sebuah keluarga di
sini, menjadi perhatian kerana pokok tin gergasi berusia 150 tahun
tumbuh di dalam bangunan berkenaan dengan dahannya menjulur keluar
melalui tingkap.
Pemilik bangunan itu, Yogesh Kesharwani berkata,
bangunan itu dibina mengelilingi pokok berkenaan pada 1994 oleh bapanya
dengan bantuan seorang jurutera.
“Pokok itu berusia sekitar 150
tahun. Kami tahu tidak susah menebangnya namun kami juga sedar sukar
untuk menanam pokok seperti itu,” katanya.
Pokok tin atau ‘peepal’ dalam Hindi dianggap suci bagi masyarakat India dan menebang pokok itu dipercayai membawa malang.
“Kami percaya ada 350 juta dewa dan dewi menghuni satu pohon pokok ‘peepal’.
“Pokok ini juga disebutkan dalam Geeta iaitu ayat suci Hindu,” katanya.
Menurut
Kesharwani, rumah itu sering mencuri perhatian orang ramai dan menjadi
tumpuan pelajar jurutera untuk mengkaji rekaan uniknya.
Lelaki itu turut menegaskan pokok terbabit tidak pernah menimbulkan masalah kepada keluarganya sejak rumah itu dibina.
Post a Comment