Headlines News :
Home » » Awas tangan kering

Awas tangan kering

Written By zabidi on Sunday, 23 June 2019 | 7:59 am

LAZIM pada musim perayaan, pelbagai juadah dan sajian disediakan tuan rumah khusus meraikan tetamu. Ketika ini jugalah penggunaan pinggan mangkuk di rumah meningkat daripada biasa apatah lagi mereka yang menganjurkan rumah terbuka.

Lantas, tuan rumah membasuh pinggan lebih kerap berbanding biasa seterusnya menyebabkan kulit tangan lebih terdedah kepada bahan pencuci.

Terlalu kerap terdedah dan terendam lebih lama dalam air boleh menyebabkan kulit tangan bukan saja kering, malah mengelupas.

Namun, ada beberapa petua yang boleh digunakan sesiapa yang mengalami masalah kulit mengelupas disebabkan terlalu kering, termasuk;

i) Minyak bijan 

Bersihkan dahulu bahagian kulit yang mengelupas dengan air. Kemudian sapu minyak bijan pada bahagian kulit yang terjejas dan biarkan selama sejam sebelum dibilas dengan air. Minyak ini mengandungi tocopherols, tocotrienols dan vitamin E yang dapat melembapkan kulit.

ii) Guna uncang teh 

Teh uncang dibasahkan terlebih dulu dan kemudian dioles pada kulit sehingga dirasakan meresap ke dalam pori kulit. Serbuk teh yang mengandungi katekin membantu merangsang pertumbuhan sel kulit baharu.

LOSYEN bantu lembapkan kulit yang terlalu kering.
 
iii) Losyen atau pelembap kulit

Kulit mengelupas disebabkan terlalu kering. Justeru sebaiknya budayakan amalan mengenakan losyen apabila menyedari kulit mulai kering. Namun lebih baik jika ia menjadi amalan harian dalam menjaga kesihatan dan kecantikan kulit.

iv) Ubat sapuan antibakteria 

Ini merujuk masalah kulit mengelupas akibat jangkitan bakteria. Biasanya kulit yang mengelupas akibat bakteria sukar diatasi dengan bahan alami atau pelembap kulit biasa. Sebaiknya rujuk pada ahli farmasi bagi dapatkan ubat yang bersesuaian dengan gejala mengelupas dialami.

Jika masalah mengelupas tidak pulih selepas beberapa ketika, sebaiknya dapatkan saranan doktor kerana ada gejala mengelupas berlanjutan melebihi dua minggu yang memerlukan rawatan lain mengikut punca gejala penyakit tertentu.

Contohnya kulit tangan mengelupas disertai gejala lain seperti kulit kering, gatal, radang hingga ruam kemerahan. Situasi ini boleh memberi kesan serius termasuklah hilangnya atau kerosakan permukaan kulit lapisan atas (epidermis) tanpa disengaja selain petanda bagi penyakit lain.

MINYAK bijan yang lazim digunakan untuk memasak, boleh lembapkan kulit mengelupas.
Justeru, beberapa penyakit dikaitkan dengan gejala kulit mengelupas seperti; 
 
Kanser atau komplikasi akibat rawatan kanser

Gangguan sistem imun tubuh

Jangkitan bakteria, contohnya staphylococcus

Sindrom Stevens Johnson

Dermatitis kontak

Dermatitis atopik

Hiperhidrosis

Psoriasis

Jangkitan cacing gelang

Penyakit Kawasaki

Komplikasi radiasi
Share this post :

Post a Comment

 
Programmer : Creating Website
Webmaster ZABIDI MORAD
Copyright © 2014. BERANI KERANA BENAR - All Rights Reserved

PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER