Headlines News :
Home » » Perkukuh keharmonian kaum melalui Aidilfitri

Perkukuh keharmonian kaum melalui Aidilfitri

Written By zabidi on Sunday, 9 June 2019 | 10:06 am

Oleh Tan Sri Lee Lam Thye

Aidilfitri harus diraikan dengan penuh kesyukuran dan menjadi perayaan untuk memperkukuh ikatan persahabatan dan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat.

Sebenarnya sikap saling menghormati dan memahami antara pelbagai kaum adalah kunci kepada keamanan, keharmonian dan perpaduan kita selama ini.

Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dan mencintai keamanan, kita harus mengambil kesempatan pada setiap hari perayaan seperti Aidilfitri untuk mengukuhkan hubungan antara kita.

Kita juga harus mengambil peluang untuk melawat rakan Muslim kerana ia dapat membantu mengukuhkan perpaduan dan menghilangkan rasa curiga antara satu sama lain.

Tradisi unik kita iaitu mengadakan dan menghadiri rumah terbuka perlu dikekalkan kerana ia dapat membantu kita menghargai jiran dan kawan daripada pelbagai bangsa dan agama.

Kita perlu bersyukur kerana dapat tinggal di sebuah negara yang bebas dan aman ketika banyak negara lain berhadapan dengan kekacauan akibat politik, ekonomi dan perang.

Wujudkan ‘momen perpaduan’

Rakyat Malaysia harus memberi tumpuan kepada usaha mewujudkan lebih banyak ‘momen perpaduan’ dan menamatkan ‘momen perpecahan’ seperti ketaasuban agama dan perkauman, serta tidak membuat kenyataan provokatif yang boleh menimbulkan ketegangan dalam masyarakat.
Perpaduan adalah hadiah tidak ternilai yang mesti dipelihara dan dihargai oleh semua warga negara di negara berbilang kaum seperti Malaysia.

Selama puluhan dekad, kita hidup dalam suasana aman damai, saling menghormati dan berinteraksi antara satu sama lain di negara berbilang kaum seperti Malaysia.

Kita juga amat bernasib baik kerana dapat meraikan pelbagai perayaan dan kepelbagaian budaya di Malaysia, termasuk Aidilfitri dalam suasana aman dan harmoni.

Namun, lebih banyak usaha perlu dibuat untuk memupuk pemahaman yang lebih baik dalam kalangan rakyat supaya kita dapat mengukuhkan keharmonian antara kaum.

Negara kita bukan sahaja harus selamat daripada keganasan, kejahatan dan keganasan, tetapi juga daripada masalah dan konflik yang disebabkan oleh kebencian kaum atau agama.

Adalah penting bagi Malaysia untuk terus wujud sebagai negara yang bersatu padu dan aman damai dengan kestabilan politik walaupun terdapat ideologi politik dan pandangan yang berbeza.
Selamat Aidilfitri, maaf zahir dan batin.

Penulis adalah Pemegang Amanah Yayasan Perpaduan Malaysia
Share this post :

Post a Comment

 
Programmer : Creating Website
Webmaster ZABIDI MORAD
Copyright © 2014. BERANI KERANA BENAR - All Rights Reserved

PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER