PETALING JAYA: Selepas kira-kira seminggu bergelar
isteri, pelakon veteran Ruminah Sidek
Ruminah atau lebih dikenali sebagai Mak Mah, 68, berkata, walaupun pada
mulanya dia berasa kekok memandangkan sudah 41 tahun menjanda, dia mula
serasi dengan kehidupan sebagai sepasang suami-isteri.
"Susah nak cakap sebenarnya. Apa yang saya boleh katakan, hati saya
sedang berbunga-bunga. Kalau boleh mana-mana pergi kami mesti mahu
bersama.
"Maklumlah, sekarang ini saya sudah ada peneman dah tak macam dulu. Rasa kekosongan itu terisi," katanya
Tambah Ruminah, kedua-dua mereka saling tidak mahu berenggang, namun
terpaksa akur kerana masing-masing mempunyai kerja yang perlu
dilunaskan.
mengakui dirinya berasa cukup
bahagia di samping suaminya, seorang peneroka Felda dari Jelai Negeri
Sembilan, Al Fatah Rahim Ismail, 70.
Ditanya apakah rutin wajib dibuat setiap hari, Ruminah berkata dia akan
memastikan minuman kegemaran suaminya itu akan dihidang mengikut
masa-masa tertentu.
"Saya seorang yang tidak minum minuman yang bersusu selain jus buah.
Tetapi berbeza pula dengan suami, ada masa dia mahukan teh dan kadang
kala kopi.
”Jadi saya pun perlu belajar bancuh minuman kegemarannya untuk
dihidangkan setiap hari. Alhamdulillah, suami saya tidak cerewet,"
ujarnya.
Ruminah selamat bergelar isteri Al Fatah dalam satu majlis yang diadakan
di kediaman abang ipar pelakon itu, di Meru, Klang pada 17 Mei lalu.
Perkahwinan ini merupakan yang kelima buat Ruminah termasuklah dengan Allahyarham pelakon AR Tompel.
Hasil perkahwinan lalu, Ruminah dikurniakan enam orang anak termasuklah pelakon Adlin Aman Ramlie.
Dia juga mempunyai 20 cucu dan enam cicit. Manakala Fatah pula mempunyai 10 orang anak.
Mak Mah Kongsi Rasa Bahagia Selepas Seminggu Nikah
Written By zabidi on Saturday, 24 May 2014 | 9:09 pm
Labels:
Hiburan
Post a Comment