SATU penyakit yang menghantui remaja sekarang adalah sikap putus asa atau cepat mengalah. Apabila gagal dalam percubaan pertama, sudah mengangkat bendera putih tanda sudah kalah.
Sebagai
contoh keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) baru-baru ini
yang gagal memperoleh sebarang A, mereka sudah merasakan diri lemah,
dilahirkan sebagai orang yang tidak bijak dan tidak mahu berusaha untuk
peperiksaan akan datang lantas menyerahkan kepada takdir.
Sikap
ini harus dijauhi oleh remaja. Islam mengajar umatnya agar tekun
berusaha dan selebihnya bertawakal kepada Allah SWT. Namun Islam tidak
menganjurkan umatnya berputus asa dan hanya mengharapkan maghfirah
daripada Allah SWT semata-mata.
Selain sikap berputus asa, sikap malas juga melanda remaja. Sikap malas ini pastinya adalah musuh bagi orang yang berjaya. Sikap ini boleh dibahagikan kepada tiga iaitu, malas mendengar, malas berfikir dan malas bertindak. Malas mendengar nasihat orang lain, malas mendengar apa yang guru ajar di sekolah, malas mendengar ceramah-ceramah agama di masjid, malas mendengar perkara-perkara yang baik dan malas untuk berfikir hatta pada perkara yang mudah.
Remaja yang sudah berputus asa seringkali menyerahkan kepada nasib dan takdir. Hakikatnya sindrom inilah akan memandulkan otak remaja dari- pada berfikiran kreatif, inovatif dan berwawasan. Profesor Datuk Dr. Syed Hussien Alatas ada menulis dalam bukunya The Captive Mind menyebut tentang sikap ‘bebalisme’. Bebalisme ini bukannya merujuk kepada bodoh, bangang atau apa jua menunjukkan kebingungan tetapi sindrom malas berfikir dalam kalangan remaja yang perlu diatasi supaya mereka bertindak lebih kreatif, berfikiran kritis dan inovatif dalam mencapai matlamat hidup.
Malas berfikir dan bertindak ini turut dipengaruhi suasana pergaulan. Suasana pergaulan yang tidak dibatasi oleh syariat akan mengheret remaja ke kancah gejala sosial. Pengaruh rakan sebaya dalam kehidupan remaja mempunyai kesan dalam mengubah hidup seseorang remaja. Apabila tersilap langkah dengan memilih kawan yang rosak, tidak mustahil remaja tersebut juga terikut-ikut jejak langkahnya. Maka cubalah sebolehnya remaja dapat memilih rakan yang baik, yang soleh yang boleh memandu kepada jalan kebenaran.
Sebagaimana firman Allah SWT: “Sesungguhnya inilah jalan-Ku yang lurus, maka hendaklah kamu ikutinya dan janganlah mengikuti jalan-jalan lain, kelak akan porak-peranda kamu dari jalan-Nya. Yang demikian itu diperintahkan kepadamu agar bertakwa.” (Al-An’am, 6:153)
Justeru, apakah yang perlu dilakukan untuk menjadi remaja mithali seterusnya berjaya dalam hidup?
Pertama pemikiran dan minda remaja perlu dicorakkan bagi memastikan kelangsungan pembangunan dan kemajuan negara. Kapasiti intelektual mereka perlu dijana sepenuhnya. Dalam membentuk model mithali remaja, anjakan paradigma diperlukan bagi membolehkan mereka memahami, menghayati dan mengamalkan kepentingan serta ketinggian falsafah ilmu. Budaya pembelajaran sepanjang hayat, cintakan ilmu dan budaya iqra’ yang melibatkan proses mental yang tinggi hendaklah disemaikan ke dalam minda remaja yang adalah pewaris kebanggaan bangsa dan agama.
Begitu juga dengan masa remaja sepatutnya mereka sebanyak mungkin mencari pengalaman untuk persediaan menempuh dunia yang lebih mencabar. Dunia hari ini tidak mempertaruhkan keperkasaan tetapi ketajaman fikiran untuk menentukan untung nasib seseorang. Tumpukan sepenuh perhatian kepada pengajian dan sentiasa mempertingkatkan kemahiran insaniah seperti cara berkomunikasi dengan penuh beradab dan membina sahsiah diri yang terpuji. Imam Syafie R.A ada menyatakan bahawa: “Kamu tidak akan memperoleh ilmu kecuali dengan enam syarat: kecerdasan, semangat waja, rajin dan tabah, berkemampuan, bersahabat dengan guru dan waktu yang lama.”
Selain itu, keutuhan dalam aspek kerohanian juga perlu diberi perhatian. Ketajaman minda sahaja tidak cukup tanpa dipandu oleh nilai-nilai sahsiah agama yang dapat mendidik jiwa dan memandu remaja menjadi insan berakhlak. Pembangunan intelektual yang tidak diiringi dengan kekudusan rohani akhirnya akan melahirkan robot-robot yang begitu bijak di dalam menganalisis segala pengkajian dan maklumat tetapi realiti kosong jiwanya. Sabda Rasulullah: ”Sesempurna keimanan dalam kalangan kamu ialah mereka yang indah akhlaknya.”
Ironinya, bekalan terbaik buat remaja untuk menjadi individu mithali dan contoh cemerlang di dunia dan gemilang di akhirat adalah kepercayaan dan kepatuhan kepada Yang Maha Pencipta. Ini selaras dengan nasihat Luqman al-Hakim yang adalah mutiara berharga untuk dijadikan pusaka bermakna dalam kehidupan insan. Katanya, “Sesungguhnya kehidupan kita ini ibarat sebuah kapal yang belayar di lautan dalam dan telah ramai manusia yang karam di dalamnya. Jika kita ingin selamat maka belayarlah dengan kapal yang bernama takwa, muatannya iman sedang layarnya pula adalah tawakal kepada Allah SWT.”
Oleh itu, jati diri adalah benteng pertahanan kepada diri remaja. Benteng ini dibina daripada asas akidah yang mentauhidkan Allah dan Rasul. Apabila robohnya benteng pertahanan dalam diri remaja, sudah tentu ia akan mudah terpengaruh dengan dakyah dan ancaman daripada pihak yang sedang berusaha memesongkan akidah pegangan kepercayaan terhadap Islam. Justeru, tidak hairanlah ada dalam kalangan remaja Islam telah hilang keyakinan dan keimanan mereka kepada Islam.
Kita tidak mahu remaja kita longlai, lembab tidak bermaya tetapi kita mahu lahirnya remaja yang bersemangat waja, berwawasan dan sihat. Sebagai remaja berpotensi mereka harus menjauhi penyakit malas, mudah berputus asa, cepat mengalah dan perkara-perkara yang boleh merosakkan tubuh badan dan sebagainya.
PENULIS ialah Pegawai Penyelidik Kanan, Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Post a Comment