Sesungguhnya pemeriksaan amalan di Padang Mahsyar belum lagi sempurna
sehingga seseorang itu diperiksa atau ditanya mengenai nikmat dan
amalannya di tempat pemeriksaan sewaktu melalui Siratul Mustaqim atau
Titian Sirat.
As-Sirat dari sudut bahasa bermaksud jalan.
Manakala dari sudut syariat ianya merupakan satu jambatan yang dibentang
merentasi Neraka Jahannam; untuk manusia menyeberanginya menuju ke
Syurga.
Imam Al-Nawawi di dalam kitab Syarah-Muslim menulis,
ulama besar menetapkan bahawa sirat itu ialah satu titian di atas
permukaan api Neraka Jahanam di mana semua manusia akan meniti.
Dari Abi Said Al-Khudriy r.a dari Nabi SAW : “…Maka orang mukmin akan
melaluinya seperti kerdipan mata; (ada yang) seperti kilat dan taufan,
seperti burung, seperti kuda dan tunggangan yang terbaik; maka yang
berjaya selamat sampai, yang tersiat dihantar, yang terkait berada dalam
neraka…” (Hadis Riwayat Muslim)
Orang Mukmin akan terselamat
disebabkan keimanan dan amal soleh yang mereka lakukan di dunia,
manakala orang kafir dan murtad akan terhumban ke dalamnya.
Orang pertama melalui Titian Sirat ialah Nabi Muhammad SAW yang memimpin umat lain.
Dari Abu Hurairah r.a sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:
“…dibentangkan titian Sirat di antara Neraka Jahannam, maka akulah dan
ummatku yang pertama menyeberanginya. Tidak berkata-kata pada ketika itu
kecuali para rasul dan doa mereka ialah : “Ya Allah, selamatkan,
selamatkan!” (Hadis Riwayat Bukhari)
Tahap kelajuan seseorang
Mukmin meniti titian itu bergantung kepada tahap keimanan dan amal
masing-masing. Semakin tinggi keimanan dan amalan, semakin laju menuju
titian itu.
Dari Abi Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda
tentang As-Sirat: “…dan padanya (As-Sirat) ada cangkuk atau pengait yang
berduri seperti duri As-Sa’daan melainkan tidak mengetahui kadar
besarnya melainkan Allah; mengait manusia mengikut amalan mereka” (Hadis
Riwayat Bukhari dan Muslim)
Tujuh sekatan tersebut adalah seperti berikut :
Sekatan Pertama : Mengenai keimanannya kepada Allah SWT dan rukun-rukun iman yang lain.
Apabila seorang manusia terlepas daripada persoalan aqidah ini barulah
ia boleh bergerak menuju ke sekatan kedua pula. Jika di dalam persoalan
aqidah ini terdapat syirik kepada Allah SWT dan telah rosak aqidahnya
maka seseorang itu tidak akan terlepas untuk meneruskan perjalanan dan
ia akan dihumbankan ke dalam Neraka Jahanam.
Firman Allah SWT
yang maksudnya : "Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik
dan mengampuni dosa yang selain syirik itu bagi siapa sahaja yang Dia
kehendaki. Barangsiapa mempersekutukan Allah (syirik), maka sungguh ia
telah melakukan dosa yang sangat besar.” (Surah An-Nisaa ayat 48)
Sekatan Kedua : Mengenai solat fardu.
Soalat fardunya akan diperiksa samaada ia melaksanakannya atau pun
tidak. Adakah ia telah melalai-lalaikan solat sehingga terlepas
waktunya. Adakah dia mengerjakan dengan khusyuk atau tidak semuanya akan
diperiksa satu persatu. Jika ada kekurangan solat fardunya akan di
periksa solat-solat sunat yang lain untuk menampung kekurangan solat
fardu tersebut.
Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda:
"Sesungguhnya amalan pertama seseorang hamba yang dihisab pada hari
kiamat ialah solatnya."
(Hadis Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi )
Sekatan Ketiga : Mengenai puasa Ramadan.
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya bahawa Nabi SAW. bersabda: “Sesiapa
yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan berkelakuan buruk
sedangkan ia berpuasa, baginya tidak ada kelebihan (pahala) di sisi
Allah selain dari lapar dan dahaga sahaja yang didapatinya.” (Hadis
Riwayat Bukhari)
Matlamat puasa bukanlah sekadar meninggalkan makan dan minum, tetapi untuk melemahkan nafsu yang buruk.
Jika puasa Ramadannya ada kekurangan ianya akan ditampung dengan puasa
sunatnya. Tetapi jika puasanya tidak sempurna maka dia tidak akan dapat
melepasi sekatan ini dan untuk meneruskan perjalanan ke sekatan keempat.
Sekatan Keempat : Mengenai zakat.
Jika ketika di dunia dahulu ia engan membayar zakat walaupun hartanya
cukup nisab dan cukup tempuhnya maka ia akan dihalang untuk meneruskan
perjalanan ke sekatan kelima.
Terdapat hadis Nabi SAW yang
menceritakan azab bagi mereka yang tidak mahu membayar zakat.
Sabda
baginda maksudnya : "Tidaklah pemilik harta simpanan yang tidak
melakukan haknya padanya, kecuali harta simpanannya akan datang pada
hari kiamat sebagai seekor ular jantan aqra’ yang akan mengikutinya
dengan membuka mulutnya. Jika ular itu mendatanginya, pemilik harta
simpanan itu lari darinya. Lalu ular itu memanggilnya,“Ambillah harta
simpananmu yang telah engkau sembunyikan! Aku tidak memerlukannya.” Maka
ketika pemilik harta itu melihat, bahwa dia tidak dapat menghindar
darinya, dia memasukkan tangannya ke dalam mulut ular tersebut. Maka
ular itu memakannya sebagaimana binatang jantan memakan
makanannya".(Hadis Riwayat Muslim)
Sekatan Kelima : Mengenai fardu haji dan umrah ke Baitullah.
Sekiranya semasa hidup di dunia dahulu ia berkemampuan tetapi
menangguh-nanguhkannya hingga tidak sempat menunaikannya atau tidak
berniat langsung untuk mengerjakan fardu haji maka ianya akan tersekat
disini. Jika seseorang menunaikan haji tetapi niat hatinya supaya
mendapat pangkat 'tuan haji' atau rasa riak maka amalannya juga tidak
akan diterima oleh Allah SWT
Manakala jumhur ( kebanyakan )
`ulama` berpendapat bahawa `ibadah haji disyariatkan pada akhir tahun
ke-9 Hijriah setelah turunnya firman Allah SWT :
ولله على الناس حج البيت من استطاع اليه سبيلا ومن كفر فإن الله غني عن العالمين
“ Dan Allah mewajibkan ke atas manusia mengerjakan haji , bagi sesiapa
yang mampu sampai kepadanya . Dan barang siapa mengingkari ( kewajiban
haji ), maka sesungguhnya AllahMaha Kaya ( tidak berhajat kepada sesuatu
) dari semesta alam . “ ( Surah Ali `Imran ayat 97)
Sekatan Keenam : Mengenai wuduk dan mandi hadas besar.
Jika diperiksa wuduknya adakah sempurna atau pun tidak. Jika wuduknya
tidak sempurna dan tidak sah maka solatnya juga tidak sah. Begitu juga
mandi hadas besar jika mandinya tidak sempurna maka ia berkekalan
berhadas besar maka solatnya juga akan tertolak dan menjadi tidak sah.
Nabi SW bersabda maksudnya, “Sewaktu seorang muslim atau mukmin itu
berwuduk, lalu ia membasuh mukanya, maka keluarlah dari mukanya itu
semua dosa yang dilihat oleh matanya bersama air atau bersama titisan
air yang terakhir. Dikala ia membasuh kedua tangannya, maka terusirlah
semua dosa yang tersentuh oleh kedua tangannya bersama air atau
bersama-sama dengan titisan air terakhir. Manakala ia membasuh kedua
kakinya, maka bersihlah semua dosa yang pernah dijalani oleh kakinya
bersama air atau bersama titisan air yang terakhir, sehingga keluar
(selesailah) dalam keadaan bersih dari dosa-dosa.” (Hadis Riwayat Muslim
dari Abu Hurairah).
Sekatan Ketujuh : Adab terhadap orang tua,
talian persaudaraan, dan hubungan terhadap semua makhluk (samaada ada
terdapat perbuatan zalim yang dilakukan kepada orang lain).
Imam
al-Ghazali meriwayatkan, tempat pemeriksaan ketujuh adalah tempat
pemeriksaan paling sukar untuk melepaskan diri. Persoalan mengenai
kezaliman ke atas manusia diperbincangkan. Disini juga akan diperiksa
adab anak-anak kepada kedua ibu bapanya adakah semasa di dunia ia ada
menderhakai kedua ibu bapanya? Begitu juga hubungan sesama ahli keluarga
atau sesama Muslim adalah pernah memutuskan hubungan silaturahim? dan
sebagainya.Pemimpin yang menzalimi rakyat dan membebankan dengan cukai
yang tak sepatutnya akan tersekat di sekatan ke tujuh ini.
WallahuAlam
Home »
Bicara Islam
» Mampukan Kita Melepasi Tujuh Sekatan Di Titian Sirat?
Mampukan Kita Melepasi Tujuh Sekatan Di Titian Sirat?
Written By zabidi on Monday, 8 January 2018 | 11:53 am
Related Posts :
Labels:
Bicara Islam
Post a Comment