Oleh
Demikianlah tindakan terpuji yang
dilakukan oleh ibu kepada salah seorang lelaki yang menyamun seorang
wanita di kedai dobi layan diri di Sungai Petani, Kedah menyerahkan
anaknya yang berusia 21 tahun kepada polis di Ibu Pejabat Polis Kuala
Muda pada pukul 1.30 petang, 13 September lalu.
Sehari sebelum itu, melaporkan
tindakan dua remaja bersenjatakan parang melarikan wang tunai, barang
kemas dan telefon bimbit yang dianggarkan bernilai kira-kira RM14,500 di
dua lokasi di Sungai Petani.
Wajah kedua-dua
suspek yang jelas kelihatan menerusi rakaman kamera litar tertutup
(CCTV) di kedai dobi layan diri dan kedai runcit tempat kejadian jenayah
itu berlaku, tersebar di media sosial sekali gus menimbulkan kemarahan
netizen.
Realitinya tiada ibu bapa yang waras
mahu anak-anak melakukan jenayah atau perlakuan jahat. Namun, sejarah
menceritakan bagaimana salah seorang anak Nabi Nuh iaitu Kan’an
mengingkari bapanya dengan tidak mahu beriman kepada Allah. Jadi,
bukanlah luar biasa jika anak orang biasa juga ada yang nakal dan
terlanjur walaupun sudah diberikan didikan yang terbaik.
Syabas
kepada ibu berkenaan yang masih boleh membuat tindakan tepat dalam
situasi sedemikian. Rasa kasih sayang sedemikian jauh lebih tinggi
nilainya berbanding ‘kasih sayang’ yang membiarkan sahaja anak melakukan
jenayah. Hukuman yang diterima mudah-mudahan mendatangkan kesedaran
dalam diri anaknya untuk tidak lagi mengulangi kesilapan yang sama.
Ini
mengingatkan kita kepada peristiwa di zaman Rasulullah SAW pada masa
‘Fathul Makkah’ (pembebasan kota Mekah), ada seorang wanita Quraisy yang
mencuri. Wanita tersebut seorang bangsawan dari Bani Makhzum. Mereka
bingung dalam memutuskan perkara tersebut.
Dalam
perundingan, salah seorang daripada mereka mengusulkan untuk
membicarakannya kepada Usamah. Melalui Usamah, mereka berniat meminta
syafaat atau keampunan dari Rasulullah SAW atas wanita tersebut. Mereka
tahu Usamah adalah salah seorang yang dicintai oleh Nabi SAW dan
berharap baginda mengabulkan permintaan Usamah.
Ketika
Usamah menyampaikan kepada Nabi SAW perihal keinginan mereka,
Rasulullah SAW menjawab: “Apakah engkau hendak membela seseorang agar
terbebas daripada hukum yang sudah ditetapkan oleh Allah SWT?”
Setelah
itu Rasulullah SAW berdiri dan berkhutbah: “Wahai manusia sesungguhnya
yang membinasakan orang sebelum kamu adalah apabila seorang bangsawan
mencuri, mereka biarkan. Akan tetapi apabila seorang yang lemah mencuri,
mereka jalankan hukuman kepadanya. Demi zat yang Muhammad berada dalam
genggaman-Nya. Kalau seandainya Fatimah binti Muhammad mencuri, nescaya
aku akan memotong tangannya”.
Kemudian
Rasulullah SAW memerintahkan agar memotong tangan wanita tersebut.
Setelah itu wanita tersebut bertaubat dan menikah. (Riwayat Bukhari
Muslim)
Demikian tingginya prinsip keadilan
yang ditunjukkan oleh Islam - yang membezakan seseorang bukanlah paras
rupa, pangkat atau harta tetapi takwa.
Post a Comment