Headlines News :
Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Cara Mudah Buat Roti Canai Di Rumah

Sudah semestinya sebagai rakyat Malaysia pasti kita tahu apa itu roti canai kan? Roti canai merupakan antara makanan yang paling popular bukan sahaja dalam kalangan kita malah pelancong asing juga. Tapi, takkan setiap hari nak keluar pagi untuk dapatkan roti canai di kedai? Jom kita buat roti canai persis di kedai tetapi di rumah sahaja. Barang yang digunakan pun jimat!

BAHAN-BAHA

  1.  Tepung gandum 4 cawan.
  2. Telur sebiji.
  3. Gula sesudu makan.
  4. Air secawan
  5. Garam setengah sudu kecil.
  6. Minyak masak secukupnya untuk merendam dan menggoreng.

Bajet semua dalam rm 5 lebih ikut berapa harga mahal murah barang kat kedai.

CARA-CARANYA

1. Mula – mula campurkan tepung, gula dan garam. Kemudian masukkan telur dan air. Uli hingga doh tak melekat ( saya uli lebih kurang 20 minit ). Kalau uli tangan gunakan air suam. Kalau uli mesin guna air sejuk.

2. Bahagikan doh kepada bahagian kecil ( saya bahagi kepada 12 biji bola semuanya ) ikut suka korang kalau anak 10 buat kecil kalau anak 2 buatlah besar gabak biar cepat siap.

3. Susun dalam bekas yang diisi minyak masak. Pastikan tepung terendam dalam minyak dan peram lebih kurang 2 jam.
Soalan : guna majerin boleh? Jawapan : ikut suka hati. Tapi saya tak pernah buat.

4. Selepas dua jam, siapkan lokasi menebar. Dulang besar yang ditenggek atas baldi. Dulang kecil untuk letak roti canai.

5. Ambil satu bola tepung tu dan penyekkan macam dalam gambar. Biarkan dalam minyak 3@4 minit barulah mula menebar. Proses rehat 3@4 minit ini memudahkan kita menebar dan tepung jadi lebih lembut.

6. Mula menebar tepung menjadi bulatan lebih besar. Tarik tepung perlahan – lahan. Buat kena sabar, tarik mahu halus.

7. Tebar sampai penuh sedulang. Kalau betul cara tebar dia molek je tak berlubang koyak macam roti kirai.

8. Lipat sisi pertama dan kedua.


9. Lipatan ketiga dan keempat. Cantik menarik tertarik.

10.Roti canai digoreng dengan gembira.

11. Panas siap berkepul. Kau mahu roti kosong ke sardin ke telur tampal telur bawang? Up to u. Selamat berjaya!


Pes Tomyam Homemade Yang Paling ‘Kaw’

Sebut saja tomyam, dah ramai yang terliur. Tomyam yang paling sedap selalunya ada kuah yang pekat, pedas, ‘kaw’, dan terasa semua bahannya. Sekali dihirup, memang ‘terangkat’lah!
Tapi, mungkin tak ramai yang tahu membuat pes tomyam ini sendiri dan selalu

menggunakan perencah segera yang kini mudah didapati. Sebenarnya, cara membuat pes tomyam ini tidak sesukar yang anda fikirkan. Malah, lebih sedap kalau dibuat sendiri kerana boleh diubah-ubah mengikut citarasa masing-masing.
Kali ini, kami ingin kongsikan resepi tomyam pes yang ‘kaw’, tapi cukup mudah oleh Puan Azzuliza Sukirman.

RESEPI TOMYAM HOMEMADE YANG PALING ‘KAW’. TAK SUSAH PUN!

Menurut Puan Azzuliza, sejak dah tahu buat pes tomyam sendiri, memang dah jarang sangat beli perencah di kedai. Bahannya mudah didapati dan cara membuatnya memang‘simple’ sangat. Mari kita lihat bahan-bahannya dan cara membuatnya.

BAHAN-BAHAN

Bahan kisar:
  • 2 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 sudu besar cili blend
  • 1 biji tomato
  • 2 batang serai
  • 1 biji limau nipis (perah jusnya)
  • 3 tangkai cili besar
  • 1 biji kiub ayam (*kalau nak guna pati ayam buatan sendiri pun boleh)
Bahan lain:
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 3 helai daun limau purut (dikoyak-koyak)
  • Ayam
  • Sayuran pilihan
  • Sos tiram secukup rasa
  • Garam secukup rasa

CARA-CARA

Ini pula cara memasaknya.

1. KISAR BAHAN

Pertama sekali, kisarkan semua bahan kisar yang disenaraikan di atas bersama sedikit air.

2. MASAK BAHAN KISAR

Masak bahan kisar tadi di dalam kuali atau periuk menggunakan api perlahan. Tak perlu tumis dengan minyak kecuali kalau anda nak buat stok pes tomyam. Kalau nak makan terus, rebuskan saja. Lagi sihat!

3. MASUKKAN BAHAN SETERUSNYA

Seterusnya, masukkan ayam, serai, dan daun limau purut. Kacau sehingga ayam kental atau separuh masak. Tunggu pes sehingga agak kering airnya. Tapi, jangan sampai hangit ya. Kekalkan api perlahan saja.

4. MASUKKAN AIR DAN SAYUR

Apabila ayam dah separuh masak, boleh masukkan air dan sayuran kegemaran anda.

5. PERASAKAN

Setelah sayuran empuk, boleh perasakan dengan garam dan sos tiram.

SIAP DIHIDANG!

Mudah, bukan resepi tomyam ini? Kalau nak buat tomyam daging, seafood, dan sebagainya tambahkan saja. Anda juga boleh pelbagaikan bahan lagi jika anda sukakan bahan tertentu seperti belacan atau sedikit gula untuk mengimbangkan rasa.

BOLEH DIJADIKAN STOK DAN DISIMPAN DALAM PETI SEJUK

Menariknya, pes tomyam ini juga boleh disimpan dalam peti sejuk untuk dijadikan stok. Tapi, ia mesti ditumis dengan sedikit minyak dan dimasak atas api agar boleh tahan lebih lama.
Untuk memudahkan, anda boleh buat dalam kuantiti yang lebih sedikit supaya lain kali ia boleh terus digunakan untuk memasak dengan mudah dan cepat.

Resepi Ayam Bakar Cili Padi

1 ekor ayam
Garam dan gula @ madu secukupnya
Sedikit sos tiram
Sedikit sos cili
Sedikit kicap
Bahan kisar
--------------------
1 btg serai
4 ulas bwg putih
5 ulas bawang kecil
10 tangkai cili padi (leh adjust lau nak tambah pedas)
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 biji kiub ayam (lau xmau guna leh ganti belacan)
Sedikit minyak (saya guna olive oil)
- semua bahan ni kisar atau tumbuk
Cara buat
- campur bahan kisar ngan sos tiram, sos cili, kicap, garam dan gula @ madu. Sapu pd keseluruhan ayam dan perap 1 jam atau semalaman dalam peti ais
- bakar dalam oven guna api atas bawah, suhu 200 c selama 45 minit atau 1 jam. Bergantung pd oven memasing. Tgok2 api, jgn kering sgt. Biar isi ayam tu lembab2 sikit. Leh gak bakar guna kuali ajaib, pandai2 adjust api.

7 Jenis Pilihan Laksa Yang Sedap Untuk Jamu Tetamu Rumah Terbuka Anda

Laksa merupakan antara hidangan yang sering disajikan semasa rumah terbuka hari raya. Terdapat pelbagai jenis laksa di Malaysia. Bezanya mi laksa yang digunakan, dan bahan yang dimasukkan dalam kuah yang kebanyakannya berasaskan ikan. Ulam-ulaman seperti timun, bawang besar dan limau kasturi digunakan dalam hampir semua jenis laksa, selain ulam-ulaman tambahan

.


1. Laksa Johor 


Istimewanya laksa Johor, terletak pada mi laksa yang digunakan iaitu spaghetti. Kuah laksanya pula pekat, berempah dan beraroma. Kuah laksa Johor asli mengandungi kerisik, ikan parang, udang segar, udang kering dan ikan kurau kering.

Ulaman seperti tauge, kacang panjang dan timun digunakan disertai sambal belacan. Laksa Johor antara hidangan yang sering jadi pilihan sewaktu perayaan.

2. Asam Laksa (Laksa Penang)

Asam laksa atau lebih dikenali sebagai laksa Penang amat popular bukan sahaja di Pulau Pinang bahkan serata Malaysia. Menggunakan mi laksa beras halus yang direbus dan dimakan bersama kuah yang pedas, masam dan cair.

Ikan yang sering digunakan dalam asam laksa adalah ikan sardin atau ikan selayang. Ulam-ulamannya pula terdiri daripada nenas, daun pudina, hirisan bawang besar dan limau kasturi. Mudah disediakan dan sering dijadikan hidangan rumah terbuka di sebelah utara.

3. Laksa Sarawak

Laksa Sarawak nyata berbeza berbanding laksa di negeri lain. Kuahnya tidak menggunakan ikan dan mi laksanya pula menggunakan bihun. Kekuatan laksa Sarawak adalah pada kuahnya yang berempah dan bahan hiasan yang digunakan.

Kuah laksa Sarawak menggunakan air rebusan ayam dan udang segar. Pes laksa Sarawak boleh disediakan sendiri atau dibeli yang telah siap dipek seperti pes perencah Hj Manan.

4. Laksa Kelantan

Mi laksa yang digunakan sama seperti asam laksa. Manakala kuah ikannya ditambah santan pekat. Jadi kuah laksa Kelantan kurang pedas dan berasa lemak manis. Kuahnya juga disediakan pekat atau sedikit cair. Disertai dengan ulaman dan sambal.

5. Laksam 


Mi laksa untuk laksam ini unik sedikit. Mi yang digunakan diperbuat daripada adunan tepung yang dikukus lalu dipotong. Kuah, ulaman dan sambal yang digunakan sama seperti laksa Kelantan.

6. Laksa Terengganu 



Mi laksa yang digunakan sama ada jenis tepung beras atau mi lidi. Kuahnya pula berwarna putih disebabkan penggunaan santan. Jika inginkan rasa lebih pedas, boleh masukkan cili kisar (laksa Terengganu kuah merah). Ulaman dan sambal belacan turut digunakan untuk melengkapkan hidangan.

7. Laksa Kuala Kedah (Teluk Kechai)

Laksa Kuala Kedah hampir sama dengan laksa Penang, tetapi kuahnya lebih cair. Istimewanya laksa ini disertai sambal kelapa iaitu kelapa parut yang digaul dengan cili dan kunyit. Jadi rasa laksa ni lemak manis dan pedas.

Ia boleh dimakan bersama telur rebus jika anda suka. Untuk menikmati hidangan laksa ini, boleh ke kedai Zakaria Laksa Teluk Kechai yang terletak di Kuala Kedah.

Kambing Bakar

BAHAN

2 keping bahu kambing (lamb chop)
1 sudu makan serbuk paprika
1 sudu teh serbuk cili
½ sudu teh serbuk thyme
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh madu lebah asli
1 biji bawang putih | dicincang halus
Minyak zaitun secukupnya
Garam secukupnya


CARA
Campurkan semua bahan perapan bersama kambing dan gaulkan hingga rata.

Kemudian biarkan diperap sekurangkurangnya 1 jam di dalam peti sejuk.

Akhir sekali bakar selama 20 minit di atas gril dengan api yang kuat.
Angkat dan hidangkan.

Psssttt, terima kasih sudi baca. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

Sambal Tumis Peria

Saja je nk tambah koleksi masakan berasaskan peria.. slalu mak bt peria grg telur.. tp mak mertua bt sambal sdap la plak.. mudah je spt sambal ikan bilis cuma + peria. 

Bahan-bahan ( 2 @ 3 orang )

  • 3 ulas bwg putih & bwg merah, 1 cm halia } di hiris @ ditumbuk
  • Sehelai daun pandan
  • Ikan bilis ( ikut kesesuaian ) } tumbuk lebam2 je @ goreng
  • 5 sb cili kisar (+ - ikut kesesuaian)
  • Asam keping @ Air asam jawa
  • Garam & gula secukup rasa
  • Perasa (jika perlu)
  • 100 gm peria ( di rendam dlm air garam )
  • Note :~ 1. tujuan peria d rendam dlm air garam utk myingkirkn sisa racun & mgurangkan rasa pahit peria @ rendam dlm air basuhan beras ( petua mak ) tp mak kata yg pahit tu la jd ubat. ~ 2. campurkan sdikit garam ketika hendak merebus cili kering u

Cara-cara

  1. Tumis daun pandan, bawang & halia hingga naik bau & kekuningan.
  2. Masukkan cili kisar & sedikit air kacau rata agak kering masukkan ikan bilis tumbuk & asam kacau lagi sehingga pecah minyak.
  3. Kemudian masukkan peria, garam & gula secukup rasa jika suka berkuah boleh tambah sedikit air. kacau sehingga peria masak. siap dinikmati. ( gambar peria blm d potong )
  4. Jika guna ikan bilis goreng masukkan pada cara @ no 3. Selamat mencuba.

Ikan Tenggiri Masak Kicap

 
Resepi sendiri..cuba-cuba buat boleh tahan jugak

Bahan-bahan ( 3 org makan )

  • 1 ekor ikan tenggiri ( di potong 4 )
  • 10 tangkai cili kering ( di blend )
  • 5 sudu kicap pekat
  • 2 biji bawang besar di hiris bulat
  • 1 biji tomato ( di potong 4 )
  • Kunyit, garam dan minyak utk mengoreng dan menumis

Cara-cara

  1. Ikan tenggiri td letak kunyit dan garam. Kemudian goreng jgn sampai garing.
  2. Tumis bawang yg di potong bulat td sehingga layu.Kemudian masukkan cili kering yg di blend.Setelah cili garing masukkan kicap pekat.Kacau rata.
  3. Masukkan ikan yang di goreng td kacau rata dan kemudian masaukkan tomato.Tutup api dan bolehla di hidangkan.


Daging masak merah

Bahan-bahan ( Untuk 4-5 orang makan )

  • halia
  • pewarna merah
  • daging
  • bawang putih
  • sos tiram
  • sos cili
  • gula, garam, serbuk perasa
  • bawang besar
  • daun salad

Cara-cara

  1. masukkan air dalam periuk, ketuk 4-5 ulas bawang putih, seketul halia dan pewarna merah..lalu masukkan daging..Rebus sampai daging masak.
  2. setelah daging masak, hiris kesemua daging tersebut dan ketepikan
  3. panaskan minyak dalam kuali.. Setelah minyak panas., masukkan daging yang telah dipotong tadi.
  4. masukkan pula sos tiram dan sos cili.. Kuantiti bergantung kepada seberapa banyak daging..
  5. masukkan pula gula, garam dan serbuk perasa
  6. apabila dah digaul rata., masukkan pula bawang besar yang sudah dipotong bulat...
  7. akhir sekali., masukkan dalam pinggan dan jadikan salad sebagai hiasan.. Selamat mencuba..
  8. p/s : saya lebih suka campak-campak jer bahan..janji rasanya ok.. Hehehehe

Stim ikan mudah

 
Resipi stim ikan yg simple tp rasa lebih kurang sama dgn restoren tom yam..meh la try..bahan2 pn mudah carik..

Bahan-bahan ( 3-4 )

  • -1 ekor ikan siakap, cuci bersih n kelar, lumur dgn garam, lada sulah dan 5-6 ulas bwg putih yg ditumbuk,ketepikan
  • Lumur ikan dgn garam, Lada sulah & 5-6 ulas bwg putih yg ditumbuk
  • Ketepikan..
  • -Bahan utk kuah stim-
  • -5 ulas bwg putih tumbuk kasar
  • - 2 bj cili api-hiris (ikut tahap kepadasan masing2.. nak lg pedas,letak lebih
  • -seinci carrot- potong mcm batang mancis,(jullien)
  • -seinci halia muda- potong mcm btg mancis gak, sedap letak lebih..
  • -2 btg serai,ketuk
  • -tomato-hiris
  • -2 tangkai daun bawang-hiris panjang
  • -2-3 bj asam boi utk stim (nm lain plum jeruk.. ada jual kat pasar @ pasaraya.. xbuh pn xpe..
  • -1 1/2 bj asam limau-perah ambik air jer..
  • - 1/2 cwn air dicampur dgn 1 sd besar tepung jagung
  • -sedikit daun ketumbar jika suka-hiris kasar
  • Klik di sini untuk isi bahan

Cara-cara

  1. masuk air dlm kuali yg dalam dan agak2 muat ikan, biar air gelegak dulu baru masuk ikan..
  2. tutup kuali dan balik2 kan ikan tadi..biar masak serata.. agak dah masak,angkat ikan..tp hati2 jgn smp hancur..
  3. Angkat ikan,letak dlm pinggan besar, air lebihan rebus tu buang sbb tkt hanyir..
  4. dalam kuali lain, masuk 2-3 cwn air, masuk semua bahan kecuali air limau, tepung jagung yg dibancuh, asam boi n tomato...
  5. bila air dah gelegak, baru masuk asam boi, tomato
  6. perasakan kuah stim ni, garam,aji n air limau nipis..ikut suka nk masin ke,masam ke..
  7. baru masuk air bancuhan tepung jagung td.. agak dah masak cucur atas ikan..
  8. baru tabur daun ketumbar yg dihiris kasar td.. baru umph.. tp pada yg xsuka bau dia..xyah bubuh..
  9. k..slamat mencuba...
 

TAWARAN ISTIMEWA

Iklan

Programmer : Creating Website
Webmaster ZABIDI MORAD
Copyright © 2014. BERANI KERANA BENAR - All Rights Reserved

PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER